Utusan Borneo (Sarawak)

REMAJA LELAKI HANYUT DI SUNGAI MAGOH, BARAM DITEMUI LEMAS

-

MIRI: Seorang remaja lelaki yang hilang dihanyutka­n arus deras Sungai Magoh di Kampung Long Meraan, Ulu Tutoh, Baram, dekat sini Isnin lalu, ditemui lemas pagi semalam.

Rohnia Bajut, 15, dijumpai terdampar di atas longgokan kayu di tebing Sungai Tutoh pada jam 10.02 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pasukan bomba menggunaka­n peralatan perlindung­an diri (PPE) yang lengkap bagi mengangkat dan mengusung mangsa.

“Operasi SAR hari ini (semalam) dimulakan pada jam 6.30 pagi menggunaka­n 15 perahu dan melibatkan 49 orang termasuk anggota bomba dan penduduk kampung.

“Mangsa diserahkan kepada pihak keluarga untuk urusan seterusnya dan operasi tamat pada jam 12 tengah hari,” katanya dalam kenyataan media di sini, petang semalam.

Terdahulu sebelum dilaporkan hilang, mangsa bersama seorang lagi rakannya mandi di Sungai Magoh kira-kira jam 5.30 petang Isnin lalu.

Law berkata, berdasarka­n maklumat yang diterima semasa mandi, rakan mangsa menyeberan­gi sungai dengan berjalan kaki dan selamat sampai di seberang sungai.

“Mangsa yang mengikuti daripada belakang tetapi terkandas di bahagian tengah sungai, berkemungk­inan kaki mangsa tergelinci­r menyebabka­n mangsa terus terjatuh ke kawasan yang agak dalam.

“Saksi kejadian iaitu rakannya tadi terdengar mangsa meminta tolong sebanyak dua kali, beliau cuba berenang untuk membantu tetapi gagal kerana keadaan sungai yang agak deras pada ketika itu,” ujarnya.

Dalam pada itu Law berkata, operasi SAR dijalankan selama tiga hari dengan hari pertamadim­ulakanpend­uduk kampung yang menjalanka­n operasi pencarian di permukaan air dari Sungai Magoh hingga ke Sungai Tutoh.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi bergerak ke lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira 250 kilometer menggunaka­n jalan balak pada jam 10.51 pagi Selasa sejurus menerima laporan kehilangan terbabit,” tambahnya lanjut.

 ??  ?? LEMAS: Anggota bomba mengusung mayat mangsa
yang berjaya dijumpai pagi semalam.
LEMAS: Anggota bomba mengusung mayat mangsa yang berjaya dijumpai pagi semalam.
 ??  ?? ROHNIA
ROHNIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia