Utusan Borneo (Sarawak)

Penagih tegar dipenjara lima tahun, dua sebatan

-

KUCHING: Gara-gara mengambil dadah berulang kali, seorang lelaki berusia 49 tahun dipenjara lima tahun dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Marutin Pagan menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap tertuduh, Rushdan Bujang Hazmi yang mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Lelaki bekerja sendiri itu didapati mengambil dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine pada 24 Januari lalu, jam 4.10 petang di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 39C (1) akta sama, penjara antara lima tahun hingga tujuh tahun serta tidak melebihi tiga sebat.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP),RuthraRajd­alampada itu memaklumka­n mahkamah bahawa tertuduh mempunyai tiga sabitan lampau membabitka­n kes penyalahgu­naan dadah pada tahun 2019, juga di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Dalam rayuan penguranga­n hukumannya, tertuduh merayu agar dikenakan hukuman minimum atas alasan insaf akan perbuatan tersebut dan memohon agar tidak dikenakan sebat.

DPP Ruthra bagaimanap­un memohon tertuduh diberikan hukuman berat berbentuk pengajaran dan pencegahan dengan mengambil kira kekerapan jenayah tersebut berlaku pada masa kini, selain bertujuan untuk mencegah orang awam melakukan kesalahan sama.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang pemuda warga Indonesia dipenjara tiga bulan kerana masuk ke negara tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Tertuduh, Heriyanto, mengaku bersalah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh berasal dari Dusun Cipeundeuy, Indonesia itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 11 Februari lalu, jam 4.10 petang di sebuah kedai di Jalan Noakes, di sini.

Dalam pada itu, mahkamah memerintah­kan hukuman penjara tertuduh dikuatkuas­akan bermula 11 Februari 2021, selain mengarahka­n tertuduh untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia selesai menjalani hukuman bagi tujuan pengusiran.

 ??  ?? KE PENJARA: Rushdan (dua kanan) bersama Heriyanto (dua kiri) diiring polis selesai prosiding.
KE PENJARA: Rushdan (dua kanan) bersama Heriyanto (dua kiri) diiring polis selesai prosiding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia