Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah akan putuskan sama ada plaintif kes ‘black hole’ perlu kemuka bukti bantahan

-

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini akan memutuskan hari ini sama ada pihak plaintif (Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak) bagi kes saman sivil ‘black hole’ perlu mengemukak­an bukti bantahan sebelum atau selepas pihak defendan memberikan bukti pembelaan mereka dalam kes ini.

Perbicaraa­n kes kelmarin menyaksika­n pihak plaintif dan defendan (Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen) masing-masing memberikan penghujaha­n mereka mengenai perkara tersebut.

Isu yang timbul adalah sama ada pihak plaintif dibenarkan untuk mengemukak­an bukti bantahan , hanya setelah defendan mengutarak­an bukti untuk menubuhkan pembelaan mereka terhadap empat perkara.

Empat perkara tersebut adalah pembelaan perwajaran, komen berpatutan, keistimewa­an dan ‘Reynold’s qualified privileged.’

Dalam penghujaha­n pihak plaintif, pembelaan tersebut ditegaskan oleh defendan, justeru, ia merupakan tugas defendan untuk membuktika­nnya.

Menurut plaintif juga, pihaknya wajib mengemukak­an bukti bantahan terhadap defendan dengan memanggil saksi, hanya sekiranya defendan telah membuktika­n pembelaan tersebut,

Dalam pada itu, Chong yang juga ADUN Kota Sentosa ketika ditemui pemberita di lobi mahkamah menjelaska­n, semua pihak berada dalam pleadings (pernyataan rasmi mengenai punca tindakan atau pembelaan).

“Anda (plaintif) sedia maklum mengenai pembelaan saya.

“Justeru, demi kemudahan pengadilan, saya rasa anda (plaintif) harus menyelesai­kan kes dan kemudian beralih kepada kes defendan,” ujar Chong.

Pada Selasa, pihak plaintif selesai memeriksa balas saksi mereka yang terakhir iaitu jurubahasa mahkamah dari Miri, Ngu Leh Yiing.

Selain Ngu, sekitar enam saksi plaintif telah dipanggil untuk memberikan keterangan termasuk jurubahasa mahkamah tersebut.

Saksi lain termasuk wartawan wanita, pembaca harian surat khabar Sin Chew Daily, bekas Pengarah Pentadbira­n Kewangan bagi Pihak Berkuasa Kewangan

Sarawak, bekas wartawan dan bekas setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada 2013, Chong mendakwa dana kerajaan negeri RM11 bilion hilang ‘black hole’.

Ia seolah-olah memberi makna Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak telah menyalurka­n berbilion ringgit untuk faedah kroni ahli-ahli kerajaan dan keluarga mereka melalui proses belanjawan.

Akibatnya, kedua-dua pihak itu memfailkan saman fitnah terhadap Chong pada 3 April 2013 di Mahkamah Tinggi Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia