Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Kluster Melor diisytihar di Daerah Pusa

-

KUCHING: Satu kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytihar­kan di Sarawak semalam iaitu Kluster Melor, Pusa, kata Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS).

Menurut JPBNS, kluster ini merupakan kluster komuniti yang telah dikesan di Lorong Melor di Kampung Beladin yang terletak di dalam Daerah Pusa.

Katanya, kes indeks kepada kluster ini adalah seorang wanita warga tempatan (Sarawak), berumur 23 tahun yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala pada 24 Februari 2021.

“Hasil pengesanan dan saringan ke atas semua kontak rapat kepada kes indeks ini, tambahan 13 kes positif COVID-19 telah dikesan.

“Perebakan jangkitan telah berlaku dipercayai melalui pergaulan rapat dan aktiviti solat berjemaah di dalam surau di kampung tersebut,” kata JPBNS menerusi kenyataan semalam.

JPBNS menambah, sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 335 individu telah disaring dengan 14 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes.

Daripada jumlah itu juga, katanya, seramai 301 individu negatif dan 20 individu masih menunggu keputusan.

“Dengan penambahan satu kluster baharu itu, ia menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak sebanyak 27.

“Daripada jumlah itu, enam kluster mempunyai penambahan kes manakala 21 kluster tiada penambahan kes,” katanya.

Selain Kluster Melor, Pusa, turut merekodkan penambahan kes ialah Kluster Gelong, Kapit dengan 26 kes; Kluster Emperoh Jambu, Kuching (25), Kluster Jalan Muhibbah, Betong(6),KlusterJal­anGreen, Kuching (2) dan Kluster Buloh, Selangau (1).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia