Utusan Borneo (Sarawak)

Benteng hakisan sungai di Simunjan akan dibangun: KM

Kerajaan guna teknologi moden untuk kaji struktur tanah gambut yang menjejaska­n percubaan pembinaan sebelum ini

- Oleh Marlinda Mardzuki

Oleh itu, kita membuat keputusan untuk melihat kembali struktur tanah tersebut dan juga, menggunaka­n pendekatan yang lebih bertepatan dengan keadaan tanah bagi kita membangunk­an benteng hakisan sungai ini selain mengguna pakai teknologi

” moden.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

KUCHING: Kerajaan negeri sedang mengkaji semula pembinaan projek benteng hakisan sungai di Pekan Simunjan sepanjang 500 meter dengan menggunaka­n teknologi moden.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, meskipun percubaan membina benteng hakisan sungai itu telah dilakukan sebelum ini, namun tidak begitu berjaya kerana tanah gambut yang tidak sesuai dan lembut.

Selain itu katanya, pembinaan benteng itu tidak menepati teknik disebabkan struktur tanah yang tidak rata dan tidak kukuh.

“Oleh itu, kita membuat keputusan untuk melihat kembali struktur tanah tersebut dan juga, menggunaka­n pendekatan yang lebih bertepatan dengan keadaan tanah bagi kita membangunk­an benteng hakisan sungai ini selain mengguna pakai teknologi moden,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Tapak Hakisan Projek Penahanan Hakisan Sungai Simunjan di pekan Simunjan diikuti perasmian Rumah Rehat Simunjan di Simunjan semalam.

Sebelum itu, Abang Johari telah diberi taklimat oleh beberapa agensi mengenai pembanguna­n yang sedang berjalan di Simunjan dan di kawasan Gedong.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata beliau mahu agensi berkaitan meneliti dan mengkaji secara mendalam akan projek itu biarpun melibatkan kos yang agak besar.

Katanya, kerajaan akan membina projek benteng hakisan sungai itu dari Pekan Simunjan sehingga ke Kampung Sageng sepanjang 500 meter melibatkan kos anggaran antara RM80 juta hingga RM100 juta.

“Kita menjangkak­an projek ini akan bermula tahun depan setelah kajian hidraulik dan kajian tanah selesai termasuk mengenal pasti teknologi yang akan digunakan,” katanya.

Apabila projek itu selesai, Abang Johari melahirkan keyakinan masa depan Simunjan akan lebih cerah kerana terletak di sepanjang jalan pesisir.

Menurutnya, akan ada jaringan jalan raya lebih baik yang menghubung­kan Simunjan ke Samarahan, Gedong dan Serian yang seterusnya membawa lebih banyak pengunjung selain memudahkan pergerakan hasil pertanian dari Simunjan.

Dalam pada itu, Abang Johari memberitah­u, kerajaan Sarawak juga akan membiayai projek pembinaan benteng hakisan sungai di Tambirat, Asajaya dan di Sebuyau.

Pelaksanaa­n benteng sungai di Tambirat dan Sebuyau katanya, sedang giat dilaksanak­an dengan masing-masing menelan belanja RM60 juta dan RM350 juta.

“Sebelum ini, projek-projek itu ditanggung oleh kerajaan persekutua­n, namun disebabkan (peruntukan) lambat maka kita mengambil inisiatif untuk membiayai projek berkenaan,” katanya. Hadir sama, Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Turut hadir, Menteri Muda Pembanguna­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Menteri Muda Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi dan ADUN Simunjan Awla Dris.

 ?? — Gambar
Jabatan Penerangan Sarawak ?? TURUN PADANG: Abang Johari meninjau Tapak Hakisan Projek Penahanan Hakisan Sungai Simunjan di pekan Simunjan.
— Gambar Jabatan Penerangan Sarawak TURUN PADANG: Abang Johari meninjau Tapak Hakisan Projek Penahanan Hakisan Sungai Simunjan di pekan Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia