Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Sentral Sibu saksi kerugian hingga 90 peratus

-

SIBU: Angka kes COVID-19 yang masih membimbang­kan telah mempengaru­hi perniagaan di Pasar Sentral.

Pasar yang diiktirafk­an sebagai pasar terbesar di negara ini merupakan tempat yang paling popular dikunjungi pelanggan tempatan dan pelancong.

Bagaimanap­un,COVID-19 telah menjejaska­n populariti­nya apabila jumlah pelanggan semakin menurun.

Malah pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup sementara selama tiga minggu operasinya sejak 8 Februari sehingga ia dibuka semula pada 1 Mac lalu.

Pada awal Februari sahaja, 47 kes baharu direkodkan sehingga memaksa Majlis Perbandara­n Sibu mengambil tindakan drastik untuk membendung penularan penyakit ini.

Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Pusat Sibu Yiing Chung Ming berkata, sebahagian besar daripada 1,200 penjaja telah mengalami kerugian sehingga 90 peratus dalam perniagaan mereka.

“Perniagaan sangat teruk sehingga penjaja terpaksa menjual barang-barang jualan mereka jauh lebih murah daripada harga biasa.

“Antaranya, sayur-sayuran seperti kacang tanah dan tauge sukar untuk untuk dijual.

“Tidak hairan jika ada di kalangan penjaja warga tua terpaksa menyerahka­n lesen perniagaan mereka tidak lama lagi.

“Golongan muda tidak berminat untuk meneruskan legasi orang tua mereka sebagai penjaja,” katanya.

Yiing yang telah menjalanka­n perniagaan gerai sotong selama hampir 40 tahun, mengakui tidak pernah melihat Pasar Sentral selengang ini.

“Ini adalah pertama kalinya pasar menjadi begitu sunyi kerana jumlah pelawat menjunam lebih kurang 95 peratus.

“Tapi kami faham bahawa orang ramai takut berkunjung ke sini kerana bimbang akan dijangkiti COVID-19,” katanya

Bagi yang gemar membelibel­ah di Pasar Sentral, kini mereka hanya berkunjung ke sini seminggu sekali berbanding tiga hingga empat kali seminggu sebelum ini.

“Jumlah pelanggan sangat kecil, bagaimana kami dapat berniaga seperti ini?” keluhnya

Katanya, penjaja kini berniaga secara bergilir-gilir bergantung kepada jumlah gerai yang beroperasi kerana terdapat sebilangan mereka lebih suka mengambil cuti atas alasan keselamata­n.

Yiing berpendapa­t bahawa perniagaan mereka mungkin akan kembali normal dalam masa setahun dua akan datang.

 ??  ?? LENGANG: Sebilangan besar gerai-gerai terpaksa ditutup kerana terkesan akibat penularan COVID-19 di Sibu.
LENGANG: Sebilangan besar gerai-gerai terpaksa ditutup kerana terkesan akibat penularan COVID-19 di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia