Utusan Borneo (Sarawak)

Jaga keselamata­n ketika beri perkhidmat­an

Peringatan kepada semua penunggang motosikal yang menghantar makanan dan barang

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Penunggang motosikal yang melakukan penghantar­an makanan dan barang dinasihatk­an tidak terlalu mengejar masa sehingga membahayak­an keselamata­n diri sendiri.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Mohd Hamsan Haji Awang Supain berkata, mereka perlu mengutamak­an keselamata­n semasa memberi perkhidmat­an penghantar­an.

“Mereka perlu menunggang motosikal dengan lebih berhati-hati, berdisipli­n dan berhemah ketika melakukan penghantar­an makanan dan barang.

“Penghantar makanan dan barang ini jangan terlalu mengejar masa dan trip atau mengambil kesempatan memandu dalam keadaan laju kerana ia bahaya,” katanya.

Hamsan berkata, pihaknya sedar banyak berlaku kemalangan melibatkan penunggang motosikal penghantar makanan.

“Oleh itu, kita minta mereka mengambil langkah berhati-hati dan utamakan keselamata­n diri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga juga mahu semua pihak mengambil langkah berhati-hati ketika memandu dan jangan memandudal­amkeadaanl­aju yang boleh membahayak­an nyawa orang lain dan diri sendiri.

Hamsan berkata demikian kepada pemberita selepas program Santuni Riders Food Panda di Stesen Minyak Petronas Batu 2 ½ Jalan Utara Sandakan, kelmarin.

Beliau memberitah­u program ini merupakan anjuran YADIM dalam membantu 100 penghantar makanan dan barang Foodpanda di Sandakan.

“Perkhidmat­an penghantar makanan dan barang ini telah membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia dan perseorang­an. Ada antara mereka yang telah berhijrah bekerja di Semenanjun­g, tetapi kembali ke Sandakan untuk membuat pekerjaan ini.

“Ini dilihat, peluang seperti ini telah membuka ruang pekerjaan kepada mereka mencari rezeki di tempat sendiri. Ini akan menjana ekonomi di bandar Sandakan,” katanya.

Hamsan berkata, program YADIM ini merupakan program kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu dan akan diperluask­an lagi ke beberapa daerah di Sabah sehingga sasaran YADIM mencapai 1,000 penunggang motosikal penghantar makanan dan barang menerima sumbangan.

 ??  ?? UTAMAKAN KESELAMATA­N: Hamsan mengisi minyak petrol sebuah motosikal milik penghantar makanan Foodpanda.
UTAMAKAN KESELAMATA­N: Hamsan mengisi minyak petrol sebuah motosikal milik penghantar makanan Foodpanda.
 ??  ?? BANTUAN: Hamsan menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada salah seorang penunggang motosikal Foodpanda dalam program berkenaan.
BANTUAN: Hamsan menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada salah seorang penunggang motosikal Foodpanda dalam program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia