Utusan Borneo (Sarawak)

STAR sedia, mahu bertanding di Kota Belud

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA BELUD: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Kota Belud sejak awal lagi bersedia bertanding di manamana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terdapat di dalam kawasan Parlimen Kota Belud semasa pilihan raya negeri (PRN) yang lalu.

Bendahari Agung STAR Rubbin Guribah yang juga Ketua Bahagian Kadamaian itu berkata, pada masa itu STAR bagaimanap­un tidak diberi peluang dan mereka akur dengan keputusan persafaham­an di peringkat parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai agihan kerusi dan seterusnya telah bekerjasam­a, bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan calon-calon GRS.

“Kami Ketua-Ketua Bahagian Parti STAR yang termasuk di dalam kawasan Kota Belud menyambut baik serta amat berharap kenyataan Setiausaha Agung Parti STAR Senator Datuk Guandee Kohoi bahawa STAR akan bertanding di lapan kawasan parlimen termasuk Kota Belud akan menjadi kenyataan.

“Kumpulan itu termasukla­h Ahli Majlis Tertinggi merangkap Ketua Bahagian Pintasan Datuk Seri Raplin Samat, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Tempasuk Suwah Bulleh serta Ketua Bahagian Usukan Hamid Jamal,” katanya.

Sementara itu Suwah yang mewakili keempat-empat Ketua Bahagian mengatakan bahawa mereka sudah mengadakan perbincang­an kewajaran mengapa STAR mesti diberi peluang bertanding pada PRU akan datang ini disebabkan beberapa perkara.

“STAR sudah memberikan komitmen yang tinggi serta semangat setiakawan. Tindakan ini juga menunjukka­n kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk mempastika­n kemenangan calon-calon GRS semasa PRN yang lalu.

“Kami juga mempunyai kekuatan dan sokongan di peringkat akar umbi dalam kawasan DUN dan yakin akan menang.

“Disebabkan tidak diberi peluang bertanding semasa PRN lalu, STAR di Kota Belud tidak diwakili mana-mana wakil yang ada dalam kerajaan sekarang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia