Utusan Borneo (Sarawak)

Dua keluarga B40 terima peralatan komputer terpakai

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Dua buah keluarga dari kategori B40 di daerah ini telah menerima peralatan komputer di bawah program ‘Old Computers, Rejuvenate’.

Ahli Parlimen Sandakan merangkap Pengerusi DAPSY Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata, program itu yang dikelolaka­n bersama Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sandakan dan Batu Sapi antara lain ingin membantu anak-anak itu agar dapat meneruskan pembelajar­an mereka dalam normal yang baharu.

Katanya, pihak pengelola program itu telah mula memohon sumbangan komputer yang tidak digunakan daripada orang ramai pada pertengaha­n bulan lalu untuk diberikan kepada keluarga yang berpendapa­tan rendah (B40).

Beliau menyatakan perkara itu ketika menyampaik­an komputer terpakai bersama Pengerusi DAPSY Batu Sapi Peter Soo.

Dua unit komputer itu masing-masing diberikan kepada Chong dari Kampung Sim-Sim serta Noorlaila dari PPR Taman Mesra.

Jelasnya, kedua-dua keluarga itu sememangny­a tidak mempunyai peralatan komputer di rumah masingmasi­ng.

Tambahnya, keluarga berkenaan juga memberitah­u semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak-anak mereka perlu meminjam telefon bimbit jiran bagi membolehka­n mereka mengikuti kelas dalam talian.

Sementara itu, Vivian berkata, sehingga kini, seramai 49 isi rumah telah mendaftar untuk memohon peralatan komputer menerusi program berkenaan.

Setakat ini, pihaknya telah menerima sumbangan tiga komputer riba dan lima komputer meja daripada orang ramai termasuk yang telah diberikan kepada dua penerima berkenaan.

Oleh itu, Vivian berharap sekiranya terdapat individu atau pihak yang mempunyai komputer riba dan komputer meja yang masih berkeadaan baik tetapi sudah tidak digunakan, mereka dialu-alukan untuk menyumbang­kannya kepada projek ini.

Vivian juga mengucapka­n terima kasih kepada Digital World atas sumbangan lapan tetikus baharu untuk projek ini yang mana tiada komputer yang disumbangk­an oleh orang ramai dalam bentuk yang lengkap diterima setakat ini.

Vivian menambah, walaupun sesi persekolah­an baharu sahaja dibuka semula baru-baru ini, ia tidak bermakna semua pelajar sekolah tidak lagi memerlukan komputer.

“Saya percaya kelas dalam talian dan pembelajar­an menerusi komputer akan kekal semasa norma baharu pascapande­mik,” jelasnya.

 ??  ?? BINCANG: Empat Ketua Bahagian semasa melakukan perbincang­an dan persepakat­an di Kota Belud.
BINCANG: Empat Ketua Bahagian semasa melakukan perbincang­an dan persepakat­an di Kota Belud.
 ??  ?? SUMBANGAN: Penyerahan komputer untuk kegunaan pelajar kurang berkemampu­an dari kategori B40.
SUMBANGAN: Penyerahan komputer untuk kegunaan pelajar kurang berkemampu­an dari kategori B40.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia