Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Pekan Telipok ceriakan sekolah menjelang sesi persekolah­an secara bersemuka

-

TUARAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok mengambil inisiatif mengadakan aktiviti gotong-royong bagi menceriaka­n persekitar­an sekolah sebelum menerima masuk pelajarnya bagi sesi persekolah­an secara bersemuka yang akan bermula pada 4 April.

Pengetuany­a Dr. Rutil Taising berkata, aktiviti itu digerakkan oleh guru-guru, kakitangan pentadbira­n sekolah, serta ibu bapa bagi memastikan suasana persekitar­an yang lebih kondusif dan ceria dapat direalisas­ikan.

“Antara aktiviti yang diusahakan ialah menyemai dan menanam pelbagai pokok bunga, membuat laluan pejalan kaki berkonsepk­an refleksolo­gi serta mengecat tayar yang semuanya bertujuan untuk menambah keceriaan persekitar­an sekolah.

“Selain itu, turut dilakukan aktiviti menanam kelapa dan pelbagai tanaman lain di tapak yang diuruskan oleh koperasi sekolah serta membina pondok dan taman Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) secara gotong royong,” katanya.

Menurutnya, program anjuran bersama Jawatankua­sa 3K (Keceriaan, Kebersihan Dan Kelestaria­n), Jawatankua­sa Koperasi sekolah, guruguru PPKI dan panitia Program Seni Visual sekolah itu akan terus dilaksanak­an dan dipertingk­atkan dari semasa ke semasa.

“Diharapkan sokongan semua pihak terutama dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta dari komuniti setempat khususnya yang telah memberikan sumbangan berupa bahanbahan dan bunga-bunga bagi projek keceriaan akan berterusan pada masa akan datang,” katanya.

Turut sama menjayakan program itu ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Rita Bungin, Penolong Kanan Kokurikulu­m Michael Sungkad dan Penolong Kanan Petang Eulia Gubil.

 ??  ?? GOTONG -ROYONG: Sebahagian guru dan PIBG SMK Pekan Telipok yang melaksanak­an gotong-royong.
GOTONG -ROYONG: Sebahagian guru dan PIBG SMK Pekan Telipok yang melaksanak­an gotong-royong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia