Utusan Borneo (Sarawak)

Panitia Pendidikan Islam SMK Taman Perumahan Bedaun kelola Program Munajat Bacaan Yasin dan Doa warga pendidik Labuan

-

LABUAN: Panitia Pendidikan Islam SMK Taman Perumahan Bedaun (SMKTPB) sebagai pengelola telah menganjurk­an Program Munajat Bacaan Yasin dan Doa warga pendidik sebagai langkah mencegah penularan pandemik COVID-19.

Program ini mendapat jalinan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan dan juga Sekolahsek­olah di WP Labuan.

Majlis yang berlangsun­g secara dalam talian pada 8 Mac itu dimulakan dengan bacaan Yasin selepas solat Maghrib di kediaman masing-masing.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah Pengarah Pendidikan JPWPL Yusup Haji Mohamad, Timbalan Pengarah Sektor Perancanga­n JPWPL Mohd Nizam Yasim, PegawaiPeg­awai JPWPL, Pengetua-Pengetua, Guru-Guru Besar, Pegawai Angkat Sekolah, guru-guru, ibu bapa dan juga murid-murid.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Awang Adi Tuah yang mewakili Pengetua, Ag Rozlan Manan turut hadir bersama guru-guru SMKTPB.

Menurut Penyelaras Program Ustaz Mohd Daud Abdul Rahman, objektif program ini untuk mendoakan kesihatan dan keselamata­n semua warga pendidik, petugas di barisan hadapan, murid-murid terutamany­a calon SPM dan STPM, keluarga dan masyarakat agar terhindar daripada ditimpa musibah wabak COVID-19.

“Program ini juga bertujuan memohon kepada Allah SWT agar mereka yang dijangkiti wabak tersebut akan kembali sembuh dengan segera dan mendoakan agar negara kita serta dunia akan bebas daripada wabak ini,” katanya yang juga Guru Kanan Bidang Kemanusiaa­n.

Selesai bacaan Yasin dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Azman Abd Rahim, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Awang Adi.

Dalam ucapannya, beliau berharap agar semua warga pendidik diberikan kesihatan yang berpanjang­an memandangk­an sesi persekolah­an secara bersemuka sudah bermula untuk sekolah rendah.

Beliau juga mengharapk­an agar calon SPM dan STPM 2020 dapat menduduki peperiksaa­n dengan tenang serta diberikan kesihatan saterusnya berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang, di samping mengharapk­an agar pandemik ini akan berakhir dengan segera.

Dalam ucapannya pula, Mohamad Nizam merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada SMKTPB kerana berjaya mengelolak­an program munajat ini.

Beliau juga berharap agar calon-caon SPM dan STPM 2020 dapat menduduki peperiksaa­n dengan tenang dan diberikan kesihatan.

Begitu juga dengan guruguru kerana ramai guru yang bertugas sebagai pengawas peperiksaa­n.

Mohamad Nizam turut mengharapk­an agar warga pendidik di Labuan dapat menjadi contoh kepada masyarakat dengan mengamalka­n norma baharu dalam kehidupan dan mematuhi arahan dari Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

“Hal ini kerana, guru dianggap sebagai ikon dalam apa-apa juga keadaan kerana profesion perguruan menjadi cerminan kepada masyarakat,” katanya.

Selain itu, beliau turut berkongsi ilmu dengan semua hadirin berkaitan kematangan emosi.

Dalam perkongsia­n itu, Mohamad Nizam menyatakan bahawa orang yang matang emosinya tidak akan mudah melatah dengan apa-apa provokasi yang dilemparka­n kepadanya, sebaliknya harus menerima segala teguran dengan positif dan cuba perbaiki diri.

Baginya, orang yang matang emosi pasti dapat menyelesai­kan masalah dengan baik dan sentiasa berfikiran positif.

Tambahnya, orang yang matang emosi biasanya berani mengakui kesilapan diri dan bukannya sentiasa mencari salah orang lain.

“Kita juga haruslah yakin kepada diri sendiri dalam setiap perbuatan serta tidak perlu bimbang dengan tanggapan orang lain terhadap kita bagi memastikan emosi kita stabil,” katanya.

Mengakhiri ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yusup Haji Mohammad atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Pendidikan WP Labuan yang kelapan.

Yusup merupakan anak jati Labuan pertama yang dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Labuan.

Sebelum mengakhiri majlis, Yusup merakamkan ucapan tahniah atas penganjura­n program ini.

Beliau juga mengucapka­n ucapan syabas dan tahniah kepada semua guru yang telah menjalanka­n tugas dengan baik demi kemenjadia­n murid selama ini.

“Sebagai Pengarah Pendidikan, saya menyeru agar semua guru di Labuan dapat bergerak secara dalam satu pasukan bagi meningkatk­an imej JPNWPL,” katanya.

Majlis itu yang dihadiri 86 peserta diakhiri dengan solat Isyak dan solat Hajat di rumah masing-masing.

 ??  ?? USTAZ MOHD DAUD
USTAZ MOHD DAUD
 ??  ?? MOHAMAD NIZAM
MOHAMAD NIZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia