Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor pembinaan kurang pekerja, rakyat digesa rebut peluang: Fadillah

CIDB menyediaka­n kursus latihan bagi individu yang hilang pekerjaan akibat COVID-19

-

Sesiapa yang hilang pekerjaan kita jemput untuk ikuti latihan di CIDB, supaya mereka boleh menjadi pekerja yang mahir sama ada bagi bidang pengurusan trafik, keselamata­n dan

” kesihatan di kawasan pembinaan.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu mengambil peluang untuk bekerja di dalam sektor pembinaan, yang kini mengalami masalah kekurangan pekerja yang ketara akibat pandemik COVID-19.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kementeria­nnya melalui Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), ada menyediaka­n kursus latihan bagi individu yang hilang pekerjaan akibat COVID19, dan berminat bekerja di dalam sektor itu.

“Sesiapa yang hilang pekerjaan kita jemput untuk ikuti latihan di CIDB, supaya mereka boleh menjadi pekerja yang mahir sama ada bagi bidang pengurusan trafik, keselamata­n dan kesihatan di kawasan pembinaan.

“Bagaimanap­un kekuran

Menteri Kanan Kerja Raya

gan yang ketara adalah bagi bidang pekerja tidak terlatih atau ‘pekerjaan 3D’ iaitu kotor, bahaya dan sukar, di mana pekerja tempatan tidak berminat untuk melakukan kerja-kerja ini,” katanya pada media selepas majlis penyerahan Surat Setuju Terima pembanguna­n infrastruk­tur dan prasarana, bagi empat projek di bawah Kementeria­n Pendidikan dan

Kementeria­n Pendidikan Tinggi kepada kontraktor terpilih.

Mengulas mengenai penularan COVID-19 di tapak-tapak pembinaan, Fadillah berkata pihaknya telah melakukan perbincang­an dengan CIDB, pemain industri, Kementeria­n Sumber Manusia dan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berhubung perkara berkenaan.

Katanya, pemain industri telah memberikan komitmen penuh, bagi memastikan penularan COVID-19 di kawasan pembinaan dapat diatasi dengan pematuhan terhadap Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

“Satu taklimat telah diadakah pagi tadi (semalam) dan kita telah mendapat kata sepakat dan komitmen penuh daripada kementeria­n, agensi dan pemain industri, untuk mengatasi masalah penularan COVID-19 di kawasan pembinaan terutamany­a melibatkan kediaman pekerja,” katanya.

Pada majlis berkenaan Fadillah menyerahka­n Surat Setuju Terima kepada kontraktor bagi projek pembinaan dan penyiapan Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima Universiti Malaysia

Sarawak, pembinaan Kompleks Sukan Kampus Gong Badak di Universiti Sultan Zainal Abidin, pembinaan Pusat Islam dan Pembanguna­n Insan dan Masjid di Universiti Malaysia Pahang, dan pembinaan blok baru bagi kelas pendidikan khas di Sekolah Menengah Mutiara, Kuala Lumpur.

Kata Fadillah, pihaknya komited dalam memastikan semua projek yang diluluskan dalam Belanjawan 2020 dan Belanjawan 2021, dapat dilaksanak­an dengan segera.

“Dengan perlaksana­an projek-projek bernilai kirakira RM500 juta ini diharap ia akan dapat memberi limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan dan sektor-sektor berkaitan yang sekali gus dapat memacu kembali ekonomi,” katanya. — Bernama

Datuk Seri Fadillah Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia