Utusan Borneo (Sarawak)

Penganut Kristian boleh guna kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan agama: Mahkamah

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunaka­n kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Tiga perkataan itu ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membenarka­n permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.

Dalam permohonan­nya, Jill Ireland antara lain memohon perisytiha­ran bahawa adalah hak perlembaga­annya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalanka­n haknya untuk mengamalka­n agama dan hak untuk pendidikan, seperti yang diperuntuk­kan di bawah Perkara 11 Perlembaga­an Persekutua­n.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytih­arkan arahan Kementeria­n Dalam Negeri pada 1986 yang melarang kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Kristian sebagai tidak berperlemb­agaan dan tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam penghakima­nnya, Nor Bee berkata, arahan oleh Kementeria­n Dalam Negeri pada 1986 untuk tidak membenarka­n penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional.

“Penggunaan perkataan itu tidak akan mengganggu ketenteram­an awam,” katanya.

Nor Bee berkata, perkataan itu juga boleh digunakan oleh masyarakat untuk tujuan pengajaran kerana telah digunakan lebih 400 tahun.

Semasa dihubungi, Peguam Kanan Persekutua­n Shamsul Bolhassan, yang mewakili Kementeria­n Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia, mengesahka­n bahawa keempat-empat perkataan itu boleh digunakan oleh penganut Kristian untuk penerbitan agama mereka.

“Bagaimanap­un, penerbitan yang mengandung­i keempat-empat perkataan itu perlu disertakan penafian bahawa ia ‘hanya untuk penganut Kristian’ dan juga lambang salib,” katanya.

Isu ini bermula 13 tahun lepas apabila Jill Ireland memulakan permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalik­an lapan CD (cakera padat) yang dirampas daripadany­a pada 11 Mei 2008, sebaik tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

CD berkenaan bertajuk ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’, ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’.

Wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar penyitaan CD tersebut serta memohon perisytiha­ran mengenai hak perlembaga­annya berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Kristian.

Mahkamah Tinggi pada Julai 2014, memerintah­kan CD itu dipulangka­n kepada Jill Ireland, tetapi tidak mengeluark­an arahan berhubung pengisytih­aran yang dimohon wanita itu mengenai isu perlembaga­an.

Pada Jun 2015, Mahkamah Rayuan mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah­kan Kementeria­n Dalam Negeri memulangka­n lapan CD dirampas milik wanita itu selepas menolak rayuan kementeria­n dan kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan juga mengarahka­n perkara itu didengar kembali di Mahkamah Tinggi berhubung isu perlembaga­an.

Mahkamah Tinggi sepatutnya memberi penghakima­nnya pada 2018 tetapi ditangguhk­an beberapa kali atas beberapa alasan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia