Utusan Borneo (Sarawak)

Kaum wanita luar bandar digesa lebih giat dalam keusahawan­an

-

MIRI: Kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membantu golongan wanita luar bandar untuk lebih giat dalam bidang keusahawan­an.

ADUN Telang Usan, Dennis Ngau berkata, alasan tinggal jauh di kawasan pedalaman tidak boleh dijadikan sebagai kekangan dan halangan untuk mereka memulakan aktiviti perniagaan kecil-kecilan dari rumah.

“Kerajaan telah memberikan pelbagai bantuan untuk menolong masyarakat pelbagai peringkat menjalanka­n kegiatan perniagaan.

“Dana Kemudahan Pertanian (AFF) merupakan salah satu bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri dalam bentuk peralatan untuk para pengusaha yang ingin mengembang­kan kegiatan perniagaan mereka,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaik­an bantuan AFF kepada 16 penerima dari kawasan DUN Telang Usan, dalam bentuk peralatan memproses makanan di Pusat Latihan Pertanian Miri di Jalan Angsana di sini, kelmarin.

Menurut Dennis, kebanyakan penerima bantuan adalah golongan wanita dari pelbagai kampung di daerah Telang Usan yang terlibat dalam perniagaan memproses makanan secara kecil-kecilan dari rumah seperti membuat keropok.

Sehubungan itu, beliau amat berharap dengan bantuan peralatan seperti pengadun kek dan mesin pemproses makanan dapat membantu memperluas penglibata­n penerima dalam sektor perniagaan.

Dennis juga mahu wanita di kawasannya berani bercita-cita tinggi untuk memiliki premis atau kedai pada suatu hari nanti.

Pada masa yang sama, beliau menggalakk­an mereka untuk merebut peluang bagi meningkatk­an taraf hidup mereka.

“Kerajaan pada masa ini dalam proses untuk mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek pembanguna­n di Baram khususnya Ulu Baram.

“Oleh itu, penduduk luar bandar mesti bersiap sedia mulai sekarang untuk menjana lebih banyak aktiviti ekonomi untuk Ulu Baram,” tambahnya.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Charles Balan Seling, wakil pegawai Jabatan Pertanian Miri Bendalina Morib dan pegawai Jabatan Pertanian Daerah Marudi Sima Lait.

 ??  ?? SERAH: Dennis (empat kiri) menyampaik­an bantuan berupa mesin pengadun makanan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan (dari tiga kiri) Charles, Bendalina, Sima dan yang lain.
SERAH: Dennis (empat kiri) menyampaik­an bantuan berupa mesin pengadun makanan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan (dari tiga kiri) Charles, Bendalina, Sima dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia