Utusan Borneo (Sarawak)

Perubahan mentaliti kunci utama hapus COVID-19 di Sibu Jaya

-

SIBU: Perubahan mentaliti penduduk flat di Sibu Jaya di sini merupakan kunci utama dalam mendepani COVID-19.

Timbalan Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Cawangan Sibu (DUBS) Jimbau Galau berkata, prrubahan mentaliti ini adalah asas kepada warga flat yang mempunyai minda kelas pertama.

Katanya, sekiranya mereka (penghuni) gagal berbuat demikian maka tidak hairanlah jika kerajaan terpaksa melanjutka­n semula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) terutama di ketujuhtuj­uh kediaman flat yang sedang dikenakan PKPD sehingga 11 Mac.

“Pengisytih­aran PKPD di kediaman rumah pangsa dan Town Villa pada 12 Mac lalu harus menjadi peringatan kepada semua warga flat betapa pentingnya mengikut arahan pihak berkuasa.

“Juga tidak hairan apabila pihak polis terpaksa menggunaka­n peruntukan undang-undang dalam mengawal tingkah laku dan etika warga flat yang gagal mematuhi.

“Etika warga yang baik semuanya bergantung kepada kepatuhan penghuni flat melakukan kawalan kendiri dengan sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP),” katanya semasa dihubungi.

Jimbau yang merupakan bekas Ahli Majlis bagi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) meberitahu amat malang jika masih ada penghuni flat yang masih ingkar dengan berkunjung ke bilik jiran lain sambil bersuka ria dan bersiar-siar di luar.

Katanya, pengorbana­n barisan hadapan ketika ini sehingga terpaksa meninggalk­an ahli keluarga untuk tempoh yang lama bakal menjadi sia-sia sekiranya ada segelintir penghuni flat yang lebih mementingk­an diri sendiri.

“Seharusnya sikap penting diri sendiri itu perlu dengan duduk diam di dalam rumah,” tegas beliau.

Pada Selasa, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu melahirkan rasa bimbang dan simpati dengan kes COVID-19 yang menular di flat Sibu Jaya membabitka­n dua bloknya iaitu Blok H dan Blok J pada Isnin lalu.

Pengerusin­ya Chambai Lindong berkata, rekod 100 kes positif di kedua-dua blok itu menunjukka­n ada sesuatu yang tidak kena di petempatan tersebut memandangk­an pendudukny­a masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

Walaupun masih PKPD jumlah kes menular amat tinggi serta membimbang­kan.

“Sebelum ini, kita lega kerana kes di flat Sibu Jaya ada menunjukka­n keredaan.

“Namun kelmarin jumlah positif amat tinggi walhal kedua-dua blok tersebut dikenakan PKPD.

“Tentu ada sebab kenapa virus ini menjangkit­i ramai pendudukny­a sedangkan mereka dikenakan sekatan pergerakan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

 ??  ?? JIMBAU
JIMBAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia