Utusan Borneo (Sarawak)

2,000 keluarga asnaf terima daging segar

-

MIRI: Sejumlah 2,000 keluarga yang dikategori­kan sebagai fakir miskin, asnaf, golongan kelainan upaya (OKU), anak yatim piatu serta golongan terkesan sumber pendapatan masingmasi­ng menerima sekilo daging segar.

Sumbangan itu diagihkan kepada penerima menerusi Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang melaksanak­an Program FoodBank di sekitar kawasan Miri.

Agihan berkenaan telah dimulakan pada 8 Mac lalu di Kampung Masjid (100 pek), Masjid Ar Rayyan Permyjaya (300 pek), Masjid Abu Bakar As-Siddiq Desa Senadin (200 pek).

Di samping itu, agihan diteruskan pada keesokan harinya di Surau Al Anbiya Kampung Lusut Jaya (200 pek), Masjid Darul Hana Lambir (250 pek) dan Masjid Al Firdaus Taman Tunku (250 pek).

Semalam agihan telah dilakukan di tiga lokasi berbeza iaitu Sektor Pembelajar­anPusatKeg­iatan

Guru (250 pek), Kampung Tudan (250 pek) dan Masjid Piasau (200 set).

Jumlah keseluruha­n agihan kepada kumpulan sasar ialah 2,000 kilogram atau 2,000 pek daging segar.

Hadir sama menyaksika­n pengagihan daging segar di Kampung Tudan ialah Penghulu Nasir Rahim, Pegawai YaPEIM Sarawak Fazli Nasulun dan Mohd Fadli Saili.

Agihan sumbangan bagi Sarawak dari 1 Januari hingga 4 Mac membabitka­n 35,307 orang dengan peruntukan

RM653,692 untuk 143 lokasi.

Objektif sumbangan berkenaan adalah menyantuni keluarga kumpulan B40 melalui pembekalan barangan asas dan pelajar khususnya pelajar institusi pengajian tinggi kumpulan B40 melalui agihan makanan sedia dimakan.

Pada masa yang sama, program itu turut membantu meningkatk­an ekonomi usahawan yang mengeluark­an produk halal.

 ??  ?? UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT: Ahmad Johnie (tiga kiri) merakam kenangan bersama yang lain di hadapan Surau SK Bawang Tian.
UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT: Ahmad Johnie (tiga kiri) merakam kenangan bersama yang lain di hadapan Surau SK Bawang Tian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia