Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan pantas JALB tangani isu air di Sibuti dipuji

-

MIRI: Tindakan pantas Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB)menghantar­bekalan air bersih ke beberapa rumah panjang di Sibuti harus mendapat pujian sejurus mereka menerima aduan penduduk amat memerlukan bantuan kemudahan asas itu.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sibuti Zulhaidah Suboh mengakui beliau membuat aduan kepada pihak JBALB selepas menerima maklum balas daripada penduduk rumah panjang berkaitan yang dilanda masalah ketiadaan air.

“Terima kasih kepada pihak JBALB dan penduduk kampung amat bersyukur atas tindakan pantas dan penghantar­an segera mereka bagi membantu mengatasi masalah bekalan air bersih.

“Namun terdapat juga kawasan yang masih terputus bekalan air sejak seminggu lalu ekoran projek pembinaan Jalan Pan Borneo,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

“Dalam situasi rakyat berdepan dengan krisis kesihatan dan pandemik COVID-19, penduduk luar bandar yang tiada kemudahan asas ini harus diberi perhatian terutama dalam keadaan mereka yang harus berdepan dengan norma baharu kehidupan, dengan kebersihan menjadi keutamaan setiap individu dan keluarga mereka,” tambahnya.

Menurut Zulhaidah lagi, ketika musim panas yang bakal dihadapi ketika ini bukan sahaja bekalan air bersih daripada JBALB malah pihak LAKU Management juga harus bertindak sama membekalka­n bekalan air bersih kepada penduduk sekitar seperti Kampung Tukau Usahajaya/Kampung Tukau.

Begitu juga dengan jabatan lain yang berkaitan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggun­gjawab membekalka­n air minum yang mencukupi kepada penduduk di kawasan luar bandar dan kampung yang mundur tanpa kemudahan asas demi kelangsung­an harian terutama kaum wanita untuk urusan rumah tangga dan anak-anak kecil.

“Saya juga memohon kepada pihak berkaitan supaya bekalan air bersih dan bekalan air minuman disalurkan secara bulanan kepada penduduk rumah panjang dan ke kampung yang tiada kemudahan asas tersebut.

“Ini adalah tanggungja­wab kerajaan yang harus dipikul sementara menyelesai­kan isu bekalan air di luar bandar,” tambahnya.

Beliau berkata isu kemudahan asas seperti itu wajib diselesaik­an kerajaan negeri dan pusat dengan segera.

Katanya, hampir 58 tahun rakyat Sibuti dan rakyat Sarawak amnya, masih ada lagi yang belum dapat menikmati kemudahan asas tersebut sepenuhnya.

“Ini merupakan satu kegagalan pentadbira­n kepada kerajaan BN yang kini dikenali sebagai kerajaan GPS.

“Saya juga menggesa kerajaan negeri menyelesai­kan isu meter paip yang sudah dipasang di rumah panjang tetapi tanpa bekalan air,” tambahnya.

 ??  ?? KEPERLUAN: Penduduk mengisi bekalan air yang dihantar JBALB menggunaka­n lori tangki ke Rumah Insin Anak Pak di Sungai Telajin (B) ke dalam tangki simpanan masing-masing.
KEPERLUAN: Penduduk mengisi bekalan air yang dihantar JBALB menggunaka­n lori tangki ke Rumah Insin Anak Pak di Sungai Telajin (B) ke dalam tangki simpanan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia