Utusan Borneo (Sarawak)

Hebahan awam berkaitan COVID-19 dan Proklamasi Darurat dapat pelbagai reaksi

-

KUCHING: Usaha berterusan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sarawak melaksanak­an aktiviti hebahan awam berkaitan COVID19 dan Proklamasi Darurat menerusi program ‘Info on Wheels’ (IoW) JaPen terutama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak ketika ini mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat umum.

Antara mereka yang berkongsi reaksinya terhadap keberkesan­an pelaksanaa­n hebahan awam JaPen ini ialah Lee Lei Seng, 62, yang merupakan salah seorang ketua masyarakat di Sebauh, Bintulu.

Lee berpendapa­t bahawa hebahan awam dapat membantu pemahaman masyarakat setempat dalam memahami maklumat dan dasar terkini yang dikeluarka­n kerajaan berkaitan COVID19.

Menyentuh berkaitan pengedaran risalah bacaan berkaitan COVID-19 dan Proklamasi Darurat oleh JaPen pula, Lee menyatakan ia dapat membantu pemahaman orang ramai terutama di kawasan bandar namun kurang memberi impak kepada penduduk di luar bandar dan pedalaman yang sebahagian besarnya terdiri daripada warga emas yang kurang minat membaca.

“Kebanyakan warga emas yang tinggal di luar bandar dan pedalaman lebih suka mendengar penjelasan secara bersemuka daripada kakitangan JaPen semasa menjalanka­n tugas rasmi di lapangan,” jelas Lee yang menyokong usaha berterusan JaPen dalam menyampaik­an maklumat kerajaan kepada rakyat.

Kakitangan awam, Kezie Matusup, 40, ketika ditanya anggota lapangan JaPen Bintulu pula berkata, pelaksanaa­n hebahan awam dan edaran risalah oleh JaPen adalah langkah baik namun pengedaran risalah tentang Proklamasi Darurat seharusnya diterbitka­n dalam pelbagai bahasa tempatan yang bersesuaia­n dengan golongan sasar di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Secara peribadi saya merasakan Proklamasi Darurat memberi laluan kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia menjalanka­n tanggungja­wab tanpa gangguan mana-mana parti politik kerana saya melihat ketegangan politik agak reda sepanjang tempoh ini dan keadaan begini memberi ruang untuk rakyat bertenang serta mengikut prosedur operasi standard’ (SOP) COVID19,” kongsi Kezie.

Sementara itu seorang warga Sibu yang mahu dikenali sebagai Syazwani, 26, berkata aktiviti hebahan awam oleh JaPen ke taman perumahan dan sekitar kampung di Sibu semasa arahan PKP dan PKPB dilaksanak­an menggambar­kan inisiatif murni agensi kerajaan menyampaik­an maklumat terkini kepada orang awam meskipun berhadapan dengan keadaan berisiko di lapangan.

“Saya telah beberapa kali melihat kenderaan unit bergerak JaPen yang melakukan hebahan awam berkaitan SOP COVID-19 dan Proklamasi Darurat di kawasan kediaman saya di Taman Permai dan semasa berada di beberapa kawasan di Sibu.

“Sebagai orang awam, saya rasa inisiatif JaPen ini menunjukka­n komitmen pihak kerajaan dalam menyampaik­an maklumat yang tepat secara langsung kepada rakyat seperti kami,” kata Syazwani.

Pegawai Penerangan Daerah Sibu Rosman Zaini turut berkongsi maklumat bahawa JaPen Sibu dipertangg­ungjawab oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Sibu untuk memainkan peranan melakukan hebahan yang memberi penekanan kepada pengesanan kes aktif COVID-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) seperti pelaksanaa­n di Sibu Jaya, Tiong Hua dan Sentosa baru-baru ini.

“Pelaksanaa­n hebahan awam diterima baik oleh masyarakat di Sibu sehinggaka­n masyarakat setempat di sini sering merujuk JaPen Sibu untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat seperti maklumat PKPD di sesebuah kawasan,” ujar Rosman.

Sehingga kini, pelaksanaa­n aktiviti hebahan awam JaPen berkaitan SOP COVID-19 dan Proklamasi Darurat ini masih diteruskan di setiap daerah di negeri Sarawak dengan tujuan memberi maklumat terkini dan sahih kepada rakyat di negeri ini.

 ??  ?? SEGAR: Staf UiTM Sarawak Kampus Samarahan memilih dan memetik hasil tanaman sayuran bernilai tinggi yang diusahakan Unit Pengurusan Ladang.
SEGAR: Staf UiTM Sarawak Kampus Samarahan memilih dan memetik hasil tanaman sayuran bernilai tinggi yang diusahakan Unit Pengurusan Ladang.
 ??  ?? HEBAHAN: Anggota JaPen Sibu Ahgenis Adin ketika membuat hebahan awam semasa di Sibu.
HEBAHAN: Anggota JaPen Sibu Ahgenis Adin ketika membuat hebahan awam semasa di Sibu.
 ??  ?? KEZIE
KEZIE
 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia