Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah usahakan rumpai wolffia bantu jana pendapatan keluarga

-

SIAPA sangka, bermula dengan membeli tumbuhan akuatik Azolla untuk memberi ikan peliharaan makan, seorang suri rumah menemui benih Wolffia, iaitu sejenis rumpai terkecil di dunia yang kini diusahakan­nya bagi menjana pendapatan tambahan keluarga.

Diani Iqlema Mohd Radzi, 31, berkata jika dilihat dengan mata kasar, rumpai Wolffia tidak mempunyai akar dan tidak berdaun dengan ukuran yang sangat kecil berdiamete­r 0.01 milimeter sahaja dan bentuknya pula seakan-akan bintik tepung jagung yang mengambang di atas permukaan air.

“Rumpai Wolffia dahulunya tiada harga namun kini mampu mencecah sehingga RM240 sekilogram dan RM12 bagi 50 gram.

“Berat benih induk rumpai Wolffia yang ditemui bersama Azolla itu cuma sekitar 100 gram sahaja, jadi saya terfikir untuk membiakkan­nya setelah mengetahui rumpai ini sangat jarang ditemui dan ia mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kolam ternakanny­a di Kampung Behor Gonchar di Kangar, Perlis semalam.

Diani Iqlema berkata beliau memulakan pertanian rumpai Wolffia yang pertama di Perlis itu dengan membiakkan­nya di dalam sebuah kolam takungan fiber bersaiz sederhana yang direka suaminya.

Kini beliau sudah pun memiliki sembilan tangki fiber rumpai Wolffia, yang dibiakkan di dua tempat berasingan selain di halaman rumahnya.

Diani Iqlema berkata bermodalka­n kurang daripada RM300, beliau kini mampu menjana pendapatan kirakira RM2,000 sebulan dengan memasarkan rumpai berkenaan, bergantung kepada permintaan.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, selain menerima pelanggan setempat,

beliau turut menjual secara dalam talian iaitu menerusi platform e-dagang Shopee.

Katanya, beliau tidak menyangka tumbuhan itu mendapat permintaan yang tinggi bagi penggemar ikan hiasan seperti ikan laga dan ikan gupi yang menjadi trend

ketika ini, sehingga tidak da- pat menampung permintaan dan perlu mengambil prapesanan.

“Ramai pelanggan dalam talian (Shopee) khususnya yang memilih Wolffia sebagai makanan semula jadi ikan kerana menurut mereka Wolffia mempunyai kadar protein yang sesuai untuk anak-anak ikan membesar dengan cepat selain sifatnya yang tidak mengeruhka­n air,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama
— Gambar Bernama ?? BERNILAI TINGGI: Mohamad Syafiq dan Diani menunjukka­n rumpai Wolffia, sejenis tumbuhan terkecil dunia ketika ditemui di Kampung Behor Gonchar di Kangar.
RUMPAI TERKECIL: Rumpai Wolffia, sejenis tumbuhan terkecil dunia. Rumpai Wolffia tidak mempunyai akar dan tidak berdaun dengan ukuran yang sangat kecil berdiamete­r 0.01 millimeter sahaja.
— Gambar Bernama — Gambar Bernama BERNILAI TINGGI: Mohamad Syafiq dan Diani menunjukka­n rumpai Wolffia, sejenis tumbuhan terkecil dunia ketika ditemui di Kampung Behor Gonchar di Kangar. RUMPAI TERKECIL: Rumpai Wolffia, sejenis tumbuhan terkecil dunia. Rumpai Wolffia tidak mempunyai akar dan tidak berdaun dengan ukuran yang sangat kecil berdiamete­r 0.01 millimeter sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia