Utusan Borneo (Sarawak)

Lawatan ke Arab Saudi sangat berjaya: Muhyiddin

Antaranya tambahan 10,000 kuota jemaah haji serta pemeteraia­n MoU mudahkan prapelepas­an jemaah Malaysia

-

“Kami tidak mahu bercakap dan bercakap tetapi tidak ada yang berlaku selepas itu. Kita akan mempunyai mekanisme berstruktu­r untuk diketuai bersama oleh menteri luar kedua-dua ” negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri

RIYADH: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatka­n lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi sebagai sangat berjaya.

“Ia sangat berjaya,” kata beliau semasa mengakhiri lawatan pada Selasa (Rabu di Malaysia).

Selain meningkatk­an lagi hubungan Kuala LumpurRiya­dh, lawatan itu juga membuahkan beberapa hasil positif untuk Malaysia.

Antara perkara penting yang dicapai adalah tambahan 10,000 kuota jemaah haji serta pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) untuk memudahkan proses prapelepas­an jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Perkara lain termasuk perbincang­an mengenai kemungkina­n Arab Saudi meningkatk­an import minyak sawitnya daripada 318,000 tan bernilai RM900 juta tahun lepas kepada 500,000 tan dalam masa terdekat.

Bagi tambahan kuota haji, permohonan itu dibenarkan ketika Muhyiddin menghadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan negara itu di Istana Al-Yamamah di sini pada hari terakhir lawatan.

Malaysia menjadi negara pertama disenaraik­an dalam inisiatif Perkhidmat­an Jalan Mekah yang akan memudahkan proses prapelepas­an jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

“Sebelum ini hanyalah projek perintis. Melalui inisiatif ini, akan menjadi ciri tetap,” kata seorang diplomat.

Memorandum persefaham­an mengenai inisiatif itu telah ditandatan­gani antara kedua-dua negara di istana berkenaan.

Susulan komitmen untuk meningkatk­an hubungan ke tahap lebih tinggi, keduadua negara bersetuju menubuhkan Majlis Penyelaras­an Arab Saudi-Malaysia untuk membuka jalan bagi perundinga­n dan tindakan lanjut secara berkala mengenai halhal kepentinga­n dan manfaat bersama.

“Kami tidak mahu bercakap dan bercakap tetapi tidak ada yang berlaku selepas itu. Kita akan mempunyai mekanisme berstruktu­r untuk diketuai bersama oleh menteri luar kedua-dua negara,” kata Muhyiddin. Muhyiddin berkata, beliau dan Putera Mahkota akan memantau tindakan dan kemajuan yang dicapai majlis itu.

MoU mengenai penubuhan majlis itu juga ditandatan­gani oleh kedua-dua negara di istana.

Perbincang­an antara kedua-dua pemimpin itu turut menyentuh mengenai ekonomi, pertahanan, pendidikan, jaminan makanan, perdaganga­n dan pelaburan.

“Kami mengadakan perbincang­an panjang lebar dan berterusan semasa makan malam kami. Perbincang­annya sangat padat,” kata Muhyiddin.

Mengulas kritikan pihak tertentu di Malaysia mengenai lawatan rasminya, Muhyiddin berkata: “Yang penting adalah hasil lawatan. Apa yang rakyat mahukan dari lawatan ini dan hasilnya, “Perdana menteri yang tiba di negara ini pada Sabtu, ke Mekah terlebih dahulu untuk menunaikan umrah dan diberi peluang memasuki Kaabah.

Muhyiddin kemudian ke Madinah pada Ahad untuk menziarahi Makam Nabi Muhammad SAW dan Masjid Nabawi.

Beliau tiba di ibu negara ini kelmarin.

Lawatan rasmi atas undangan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud itu dilaksanak­an di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Selepas ini, Muhyiddin ke Emiriah Arab Bersatu bagi lawatan rasmi hingga Khamis. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DISAMBUT: Muhyiddin dan Noorainee Abdul Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Rabu.
— Gambar Bernama DISAMBUT: Muhyiddin dan Noorainee Abdul Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia