Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu pentaksira­n, pemerhatia­n prestasi murid selepas kembali belajar secara bersemuka: KP Pelajaran

-

KUALA LUMPUR: Sekolah perlu melakukan pentaksira­n dan pemerhatia­n ke atas prestasi murid selepas pembukaan semula sekolah secara keseluruha­n secara bersemuka membabitka­n hampir lima juta pelajar di 10,223 sekolah seluruh negara bulan hadapan.

Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim berkata, langkah itu perlu agar tidak ada yang tercicir dalam pembelajar­an.

“Sekiranya kita mengetahui prestasi murid, kita boleh merapatkan jurang dalam aspek pembelajar­an dan KPM (Kementeria­n Pendidikan Malaysia) telah melakukan penjajaran kurikulum, dari segi kandungan, pedagogi dan pentaksira­n bagi membolehka­n ia berlaku.

“KPM turut mengadakan program transisi murid tahun satu 2021, ini adalah program intervensi bagi murid prasekolah yang tidak dapat hadir ke prasekolah (tahun lepas) dan kini telah melangkah ke tahun satu,” katanya dalam ditemu bual ‘Setahun Pencapaian Kementeria­n Pendidikan Malaysia’ pada program Selamat Pagi Malaysia di TV1 semalam.

Beliau berkata, program transisi tahun satu tersebut bertujuan untuk mengurus murid daripada aspek sosioemosi, sikap, literasi dan numerasi agar merekatida­kketinggal­andalam aspek berkenaan.

Menurut Habibah, sesi pembelajar­an secara bersemuka dibuat selepas melihat perkembang­an situasi pada Januari dengan kelas-kelas peperiksaa­n 2020 dibenarkan ke sekolah, kemudian diikuti murid prasekolah, tahun satu dan dua pada 1 Mac manakala minggu ini pula murid tahun tiga hingga enam.

Katanya, secara keseluruha­n, ia membabitka­n hampir tiga juta murid di 7,781 sekolah rendah di seluruh negara.

Pembukaan semula sekolah menengah pada 4 April membabitka­n Kumpulan A iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B pula akan memulakan persekolah­an pada 5 April.

Sementara itu, Habibah berkata, KPM turut memberi perhatian kepada isu yang dibangkitk­an ibu bapa berkaitan pembukaan sekolah seperti aspek pemakaian seragam sekolah dan keselamata­n warga sekolah.

Katanya, KPM telah memberi kelonggara­n kepada murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah untuk memakai pakaian biasa yang sesuai, kemas dan sopan bermula 1 hingga 26 Mac.

Beliau berkata, KPM turut memperuntu­kkan RM300 juta bagi penyediaan termometer, pensanitas­i tangan, sabun serta lain-lain keperluan di sekolah untuk memastikan penjagaan keselamata­n serta kesihatan murid dalam usaha mengekang penularan COVID-19. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia