Utusan Borneo (Sarawak)

KPWKM, MAFI terima KSU baharu

-

PUTRAJAYA:DrMaziahCh­e Yusoff dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkuat kuasa semalam.

Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, pelantikan Maziah yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi adalah bagi menggantik­an Datuk Dr Junaidah Kamaruddin.

Maziah, 54, yang berkhidmat selama 29 tahun dalam perkhidmat­an awam berpengala­man luas dalam pelbagai bidang termasuk perancanga­n dan penyelidik­an, ekonomi dan pembanguna­n modal insan.

Selain itu, Maziah juga mempunyai kelulusan Doktor Falsafah Ekonomi Antarabang­sa dari Universiti Leeds, United Kingdom, Sarjana Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Toledo, Ohio, Amerika Syarikat,

“Dengan pengalaman dan kredibilit­i yang dimiliki, saya yakin beliau mampu melaksanak­an tanggungja­wab dengan meneruskan visi kementeria­n sebagai peneraju utama dalam mencapai kesaksamaa­n gender, pembanguna­n keluarga dan masyarakat penyayang sebagai asas pembentuka­n negara maju yang terbilang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jawatan pertama disandang Maziah adalah sebagai Penolong Setiausaha di Kementeria­n Tenaga, Telekom dan Pos pada 1 Disember 1992 dan beliau sebelum ini juga pernah menyadang jawatan Timbalan Pengarah Kanan di Institut Tadbiran Awam Negara, Jabatan Perkhidmat­an Awam.

Dalam kenyataan berasingan, Mohd Zuki mengumumka­n pelantikan Datuk Haslina Abdul Hamid sebagai KSU Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang baharu juga berkuat kuasa semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia