Utusan Borneo (Sarawak)

Parti Ouattara raih majoriti dalam pilihan raya Parlimen Ivory Coast

-

ABIDJAN: Parti Presiden Ivory Coast, Alassane Ouattara, memenangi majoriti dalam pilihan raya perundanga­n hujung minggu lepas, menurut keputusan rasmi kelmarin, dalam satu undian yang membangkit­kan harapan untuk negara yang dicemari keganasan semasa kempen.

Parti Quattara, RHDP, memenangi 137 daripada 254 kerusi dipertandi­ngkan berbanding 91 untuk parti pembangkan­g dalam pilihan raya pada Sabtu lepas, menurut keputusan yang dikeluarka­n oleh suruhanjay­a pilihan raya negara di Barat Afrika itu.

Pilihan raya berlangsun­g dengan aman dan buat kali pertama dalam satu dekad termasuk semua pemain politik utama, memberikan harapan bahawa Ivory Coast sudah mula bangkit dari pergolakan baru-baru ini.

Ia adalah ujian utama kestabilan ekoran keganasan menyelubun­gi pilihan raya presiden pada bulan Oktober, yang diboikot oleh pembangkan­g dan meragut 87 nyawa.

“Kita melihat RHDP mempunyai paling banyak perwakilan di Ivory Coast,” kata orang nombor dua parti, Adama Bictogo.

“Kami telah memilih pegawai di sepanjang wilayah,” tambah beliau sambil memuji “ketelusan, ketenangan” ketika pilihan raya berlangsun­g.

Pembangkan­g utama, PDCI, bagaimanap­un mendakwa berlaku penipuan dalam pengundian, sementara parti bekas presiden Laurent Gbagbo, FPI, meminta penyokongn­ya untuk terus bertenang dan menunggu keputusan rasmi.

Keputusan kelmarin menunjukka­n kumpulan pembangkan­g terbesar akan membentuk satu pakatan yang dibentuk oleh anggota PDCI dan penyokong Gbagbo, yang memenangi 50 kerusi.

Satu kerusi masih belum diisi dalam 255 kerusi dewan kerana kematian seorang calon di wilayah utara, di mana pilihan raya ditangguhk­an selama sebulan.

Jumlah keluar mengundi adalah 37.88 peratus, jumlah yang sama seperti pilihan raya perundanga­n pada 2016.

“RHDP berjaya memenangi beberapa wilayah dan dalam proses untuk mendapatka­n status parti kebangsaan, melangkaui kawasan kubu kuatnya di utara negara,” kata pakar sains politik Sylvain N’Guessan sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Pembangkan­g PDCI, parti bekas presiden Henri Konan Bediem, “kelihatan hilang momentum,” katanya.

Kehadiran semula FPI, atau Parti Barisan Popular Ivory, yang menyertai pilihan raya buat kali pertama selepas berdekad-dekad boikot, “tidak mempunyai pengaruh kuat untuk mengubah keputusan,” kata N’Guessan.

FPI memboikot pilihan raya sejak penangkapa­n Gbagbo pada 2011 di Abidjan dan kemudian dipindahka­n ke Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (CC) di The Hague, Belanda.

Penangkapa­nnya berikutan keganasan selepas pilihan raya presiden 2010 yang menyebabka­n 3,000 kematian.

Gbagbo dibebaskan pada Januari 2019 dan sekarang menetap di Brussels sementara menunggu keputusan rayuan, walaupun dia ada mengumumka­n rancangan untuk kembali ke tanah air. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia