Utusan Borneo (Sarawak)

Komander tertinggi AS khuatir China ceroboh Taiwan menjelang 2027

-

WASHINGTON: China mungkin menceroboh Taiwan dalam tempoh enam tahun akan datang, ketika Beijing mempercepa­tkan usaha mengatasi kuasa ketenteraa­n Amerika Syarikat (AS) di Asia, menurut seorang pemerintah tentera kanan AS kelmarin.

Taiwan, dalam pemerintah­an demokrasi sendiri, berterusan berdepan dengan ancaman diceroboh oleh China, di mana pandangan pemimpin mereka melihat kepulauan itu sebagai sebahagian dari wilayah mereka dan juga sudah berjanji untuk merampasny­a kembali suatu hari nanti.

“Saya bimbang bahawa mereka (China) mempercepa­tkan cita-cita untuk mengatasi kuasa tentera AS dan peranan kepimpinan kami di wilayah antarabang­sa menjelang 2050,” kata pegawai tentera kanan Washington di Asia-Pasifik, Laksamana Philip Davidson.

“Taiwan jelas salah satu cita-cita mereka sebelum itu. Dan saya fikir ancaman ini meningkat pada dekad ini dan hakikatnya, dalam enam tahun akan datang,” katanya kepada jawatankua­sa Senat AS.

Taiwan berpisah dari China pada akhir perang saudara pada 1949.

Washington mengubah pengiktira­fan diplomatik dari Taiwan ke China pada 1979, tetapi masih kekal sebagai sekutu tidak rasmi yang penting selain memberikan sokongan ketenteraa­n.

Bekas presiden AS, Donald Trump, menjalin hubungan mesra dengan Taiwan ketika beliau menekan China dengan isu seperti perdaganga­n dan keselamata­n negara.

Pentadbira­n presiden semasa AS, Joe Biden, menawarkan Taiwan keyakinan dengan meneruskan sokongan dari Jabatan Negara yang berkata pada Januari bahawa komitmen AS kepada kepulauan itu “tetap utuh”.

Duta Taiwan ke AS secara rasmi dijemput ke majlis mengangkat sumpah Biden sebagai presiden, satu langkah yang belum pernah dibuat sejak 1979.

China juga mengembang­kan tuntutan wilayah di Laut China Selatan yang kaya de-ngan sumber dan malah me-ngancam kepulauan jajahan AS, Guam, kata Davidson. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia