Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan juri dalam perbicaraa­n polis dituduh bunuh Floyd bermula

-

MINNEAPOLI­S: Pemilihan juri akhirnya dijalankan kelmarin dalam perbicaraa­n berprofil tinggi melibatkan anggota polis berkulit putih yang dituduh membunuh George Floyd, lelaki kulit hitam yang mana kematianny­a memburukka­n lagi isu perkauman di Amerika Syarikat (AS) dan membangkit­kan tunjuk perasaan di seluruh dunia.

Derek Chauvin, bekas anggota Jabatan Polis Minneapoli­s, berdepan tuduhan membunuh kelas kedua dan bunuh tanpa niat berkaitan kematian Floyd pada 25 Mei, yang dirakam oleh orang ramai menerusi video telefon pintar.

Pemilihan juri dijadualka­n bermula pada Isnin tetapi ditangguhk­an selama sehari ketika pendakwa raya cuba mengembali­kan pertuduhan bunuh kelas ketiga terhadap Chauvin, 44.

Sebuah mahkamah rayuan Minnesota masih belum membuat keputusan tetapi Hakim Daerah Hennepin, Peter Cahill, jelas tidak sabar untuk memulakan perbicaraa­n, membuat keputusan meneruskan proses pemilihan juri.

Selepas beberapa jam soalan terperinci dalam pasukan pembelaan dan pendakwa raya, dua juri dipilih kelmarin untuk panel 12 anggota yang akan menentukan nasib Chauvin.

Pertuduhan bunuh kelas kedua membawa hukuman penjara maksima 40 tahun.

Proses pemilihan juri dijangka berlangsun­g kira-kira tiga minggu dengan pembukaan perbicaraa­n dijangka bermula sekitar 29 Mac depan.

Chauvin dipecat dari pasukan polis selepas dirakam dalam video melutut di leher Floyd yang sedang merayu sesak nafas untuk hampir sembilan minit.

Chauvin, yang dibebaskan dengan ikat jamin, hadir di mahkamah kelmarin dan duduk di meja dalam ‘kandang’ kaca sebagai protokol COVID-19.

Dia sesekali kelihatan menulis pada nota kuning dan menyerahka­n kepada peguam ketika bakal juri disoal.

Peguam untuk kedua-dua pihak berdepan tugas sukar mencari juri yang masih belum membuat keputusan sendiri tentang kes yang diketahui umum.

Seorang calon juri, wanita etnik Hispanik dengan bahasa Inggeris tersangkut-sangkut, diketepika­n oleh pasukan pembelaan menggunaka­n salah satu daripada 15 terma cabaran.

Wanita itu merujuk kematian “tidak adil” Floyd dalam 16 soal selidik yang perlu diisi calon juri sebelum ini.

Seorang lagi calon juri, lelaki berkulit putih dalam usia 20 atau 30-an, yang berkata adalah pakar kimia, dipilih sebagai juri.

Ditanya oleh hakim jika dia boleh bersikap “adil dan tidak menyebelah­i manamana pihak,” lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Juri No.2, menjawab “Ya.”

Turut dipilih ialah seorang wanita muda yang mempunyai dua etnik dan berkata dia “sangat teruja” untuk menjadi juri dan tidak akan terpengaru­h dengan hakikat bahawa pakciknya adalah seorang anggota polis.

Beberapa calon juri menyuaraka­n kebimbanga­n tentang keselamata­n mereka kerana perbicaraa­n yang berprofil tinggi ini.

“Ini adalah kes yang besar, banyak emosi terlibat,” kata salah seorang calon juri yang diketepika­n oleh pasukan pendakwa raya.

Identiti juri tidak akan didedahkan kepada umum sehingga perbicaraa­n bermula. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia