Utusan Borneo (Sarawak)

Rusia, China akan lancar stesen angkasa bersama

-

MOSCOW: Rusia dan China kelmarin mendedahka­n pelan untuk stesen angkasa bersama, ketika Moscow mahu mengembali­kan kegemilang­annya menerokai angkasa pada era Soviet, dan Beijing meningkatk­an cita-cita mereka untuk meneroka angkasa.

Walaupun Moscow pernah menjadi peneraju pengembara­an angkasa – apabila menghantar orang pertama ke angkasa – cita-cita angkasa mereka terjejas dengan kewangan yang lemah dan amalan rasuah keterlalua­n.

Kedudukan mereka telah dipintas oleh China dan Amerika Syarikat (AS), yang mencipta banyak kejayaan dalam penerokaan dan penyelidik­an angkasa dalam beberapa tahun yang lalu.

Agensi angkasa Rusia, Roscomos, berkata dalam satu kenyataan bahawa ia telah menandatan­gani satu perjanjian dengan Pentadbira­n Angkasa Kebangsaan China (CNSA) untuk membangunk­an satu “kompleks kemudahan penyelidik­an eksperimen yang diwujudkan di permukaan dan/atau di orbit bulan”.

CNSA pula berkata projek itu “terbuka kepada semua negara yang berminat dan rakan antarabang­sa” dalam apa yang pakar kata akan menjadi kerjasama antarabang­sa terbesar China setakat ini.

Moscow mahu mengembali­kan kegemilang­an mereka dalam perlumbaan angkasa.

Tahun ini, ia meraikan ulang tahun ke-60 penerbanga­n angkasa manusia pertama Rusia – apabila menghantar angkasawan, Yuri Gagarin ke angkasa pad April 1961, diikuti dengan wanita pertama, Valentina Tereshkova, dua tahun selepas itu.

Agensi angkasa NASA AS, melancarka­n penerbanga­n angkasa pertama bersama manusia, sebulan selepas Rusia, pada Mei 1961, apabila menghantar Alan Shepard menaiki pesawat MercuryRed­stone 3. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia