Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa pandu melulu sebabkan kematian suami isteri

-

KAJANG: Seorang penghantar dokumen sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabka­n kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Saujana Impian, tiga hari lepas.

Bagaimanap­un S. Lokganathe­n, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md Sain.

Lokganathe­n didakwa memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabka­n kematian pemandu kereta Perodua Bezza, Remyzan Baharudin, 42, dan penumpang kereta bahagian hadapan, Suzyla

Ahmad Dahlan, 40, di Jalan Saujana Impian, Hulu Langat, di sini, pada 4 petang, 7 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Pindaan) 2020 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 serta hilang kelayakan lesen memandu untuk tempoh minimum lima tahun dari tarikh sabitan serta lesen percubaan boleh dibatalkan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Malini Devi Selvaraj

yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga dengan gaji RM50 sehari.

“Anak guam saya perlu menanggung isteri, ibu serta ibu mentua kerana bapanya telah meninggal akibat kemalangan jalan raya enam bulan lepas. Dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarka­n Lokganathe­n diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai. Mahkamah menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: S. Lokganathe­n mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kajang semalam terhadap pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabka­n kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Saujana Impian, tiga hari lepas.
— Gambar Bernama DIDAKWA: S. Lokganathe­n mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kajang semalam terhadap pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabka­n kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Saujana Impian, tiga hari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia