Utusan Borneo (Sarawak)

Sindiket seludup rokok terbesar guna kapal kargo tumpas

-

PONTIAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaska­n sindiket menyeludup masuk rokok bernilai RM52 juta dengan menggunaka­n kapal kargo asing di kedudukan 2.9 batu nautika barat daya Pulau Kukup dekat Pontian, Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, kapal kargo berdaftar di Mongolia itu ditahan bot ronda Unit Risikan PPM Wilayah Dua, kira-kira jam 8.15 malam.

Beliau berkata, pergerakan kapal kargo dari perairan Myanmar itu dikesan berdasarka­n maklumat risikan.

Menurutnya, bot ronda terbabit cuba memintas kapal kargo berkenaan, namun, kapten kapal tersebut enggan bekerjasam­a sebelum berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaa­n, lebih 7,000 kotak berisi rokok tidak bercukai ditemui di dalam kapal kargo berkenaan dan ia merupakan rampasan terbesar dalam sejarah negara,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini semalam.

Abd Rahim berkata, polis mengesan tindakan kapal terbabit yang berulang-alik dua kali dari Batam, Indonesia, ke pantai barat Johor sejak bulan lepas dan kemudian mengagihka­n rokok kepada bot-bot tempatan kecil di sepanjang laluan.

“Kapal ini akan cuba masuk ke perairan kita setiap kali tiada penguat kuasa dan botbot kecil akan mengambil rokok berkenaan dari kargo,” katanya.

Menurutnya, rokok berkenaan dipercayai dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dicampak ke dalam laut dan diambil oleh bot-bot kecil.

Seramai 10 kru kapal terbabit melibatkan warga Myanmar dan Singapura bersama seorang kapten kapal warga Myanmar berumur antara 22 hingga 60 tahun ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DISITA: Abd Rahim (dua, kiri) bersama Ayob (kiri) menunjukka­n gambar kapal jenis kargo yang ditahan bersama rokok seludup yang disyaki tidak membayar cukai kastam di perairan Pulau Kukup, Pontian Isnin lepas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, dekat Pontian semalam.
— Gambar Bernama DISITA: Abd Rahim (dua, kiri) bersama Ayob (kiri) menunjukka­n gambar kapal jenis kargo yang ditahan bersama rokok seludup yang disyaki tidak membayar cukai kastam di perairan Pulau Kukup, Pontian Isnin lepas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, dekat Pontian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia