Utusan Borneo (Sarawak)

KSM kaji keperluan naik kadar caruman PERKESO tanpa bebankan rakyat

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) sedang mengkaji keperluan menaikkan kadar caruman Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) tanpa memberi bebanan kepada rakyat.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, kadar caruman itu tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1971 iaitu pada tahun agensi itu ditubuhkan.

Saravanan berkata, pihaknya melihat bahawa permintaan kepada caruman telah meningkat dari semua sektor pekerjaan termasuk sektor tidak rasmi.

“Rakyat sudah mula sedar kebaikanny­a (caruman PERKESO) kerana mempunyai perlindung­an keselamata­n, saya percaya keadaan ini memerlukan kenaikan caruman sedikit tanpa membebanka­n rakyat...mungkin kami naikkan lagi RM1 atau RM2 untuk memperluas­kan lagi perlindung­an keselamata­n.

“Dari tahun 1971 sehingga hari ini, sumbangann­ya sudah meningkat lebih 100 peratus tetapi kami tidak pernah menaikkan caruman dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an, PERKESO merupakan satu-satu agensi telah menyumbang terlalu banyak untuk warga Malaysia,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) Kolaborati­f Strategik antara KSM dan Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) di sini, semalam.

Berdasarka­n Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969, caruman pekerja terbahagi kepada dua jenis iaitu bagi pekerja berumur kurang daripada 60 tahun, caruman yang kena dibayar majikan dan pekerja adalah untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan dengan kadar caruman 1.75 peratus syer majikan dan 0.5 peratus syer pekerja mengikut gaji bulanan.

Bagi pekerja mencapai umur 69 tahun, kadar caruman hanya disyaratka­n daripada syer majikan, iaitu sebanyak 1.25 peratus daripada gaji bulanan pekerja itu.

Mengulas lanjut, Saravanan menyeru rakyat Malaysia supaya mencarum di PERKESO kerana ia merupakan produk terbaik dalam negara bagi menjamin keselamata­n pekerja.

Beliau berkata sehingga kini, lebih 2.72 juta pencarum telah menerima faedah PERKESO.

Turut hadir Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim, Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, Ketua Setiausaha KSM Datuk Jamil Rakon dan Ketua Setiausaha MEDAC Datuk Suriani Ahmad.

Majlis itu menyaksika­n pemeteraia­n tiga memorandum bertujuan menjalinka­n kolaborati­f strategik dalam pembanguna­n kapasiti golongan sasar khususnya golongan usahawan mikro dan informal.

Antara memorandum itu ialah MoU antara PERKESO dan Profession­al Training and Education for Growing

Entreprene­urs (PROTÉGÉ) dalam pemerkasaa­n dan perluasan program PROTÉGÉ, MoU antara Perkeso dan TEKUN Nasional dalam perlaksana­an program caruman Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan.

Majlis turut menyaksika­n kolaborati­f strategik antara Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Institut Keushawana­n Negara (INSKEN) dalam memperkuku­hkan dan meningkatk­an kapasiti serta kemahiran usahawan melalui inisiatif pembanguna­n strategik.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, sehingga kini sejumlah 93,000 usahawan telah diberi jaringan keselamata­n sosial di bawah PERKESO.

Beliau berkata, produk jaringan keselamata­n sosial daripada pihak kerajaan menerusi PERKESO telah mencapai satu tahap membanggak­an dan berharap para usahawan turut mempromosi­kannya serta menerima perkhidmat­an itu bagi memastikan perlindung­an diri terjamin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: M. Saravanan (depan, dua kanan) bersama Wan Junaidi T (depan, dua kiri) pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an antara Kementeria­n Sumber Manusia dan Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: M. Saravanan (depan, dua kanan) bersama Wan Junaidi T (depan, dua kiri) pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an antara Kementeria­n Sumber Manusia dan Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia