Utusan Borneo (Sarawak)

Gelembung Pelanconga­n Bersasar peluang industri beroperasi semula

Permulaan lembaran baharu sebagai pemangkin untuk industri ini bangkit semula

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) menyeru supaya rakyat Malaysia dan syarikat pelanconga­n tempatan mengambil peluang kebenaran Gelembung Pelanconga­n Bersasar bagi menyemarak­kan pelanconga­n domestik.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, itu yang membolehka­n pelancong dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri PKPP bermula semalam, secara tidak langsung membuka peluang kepada perniagaan sektor itu kembali beroperasi sepenuhnya.

“Sudah pasti ini menjadi

Sama-samalah kita bekerjasam­a dan terus berdoa agar industri pelanconga­n dan kebudayaan tempatan tidak perlu lagi melalui saat sukar dengan penutupan aktiviti kerana impak negatifnya terhadap rantaian ekonomi mereka yang terlibat dan negara adalah sangat mendalam.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

permulaan lembaran baharu sebagai pemangkin untuk industri ini bangkit semula, seterusnya membantu kelangsung­an hidup para pekerja yang terlibat dalam rantaian sektor pelanconga­n,” katanya dalam kenyataan semalam.

Nancy berkata, MOTAC juga berterima kasih kepada kerajaan kerana telah membenarka­n aktiviti langsung bagi industri kreatif di kawasan PKPP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) .

Beliau berkata, ia termasuk program rasmi kerajaan, televisyen, seni muzik, tari, teater, muzikal, komedi, persembaha­n kebudayaan dan warisan melibatkan kehadiran 50 peratus penonton dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Nancy juga mengingatk­an orang ramai supaya tidak leka dan mematuhi SOP ditetapkan ketika mengikuti aktiviti pelanconga­n dan kebudayaan.

“Sama-samalah kita bekerjasam­a dan terus berdoa agar industri pelanconga­n dan kebudayaan tempatan tidak perlu lagi melalui saat sukar dengan penutupan aktiviti kerana impak negatifnya terhadap rantaian ekonomi mereka yang terlibat dan negara adalah sangat mendalam,” katanya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media kelmarin berkata, aktiviti tersebut tertakluk kepada SOP ketat, termasuk perlu melalui agensi pelanconga­n berdaftar di bawah MOTAC. — Bernama

Datuk Seri Nancy Shukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia