Utusan Borneo (Sarawak)

MATTA yakin Gelembung Pelanconga­n Bersasar mampu bantu industri pulih

-

MELAKA: Kebenaran aktiviti pelanconga­n rentas antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula semalam menerusi program Gelembung Pelanconga­n Bersasar, dijangka mampu memulihkan kembali sektor berkenaan secara berperingk­at.

Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Melaka Goh Hock Gin berkata, beliau yakin langkah itu mampu mengelak penularan COVID-19 dalam kalangan pelancong.

Beliau berkata, keputusan itu sekurang-kurangnya merupakan permulaan baik yang dilaksanak­an kerajaan yang disifatkan­nya bukan sahaja boleh mengawal pergerakan pelancong, malah mampu membantu mengesan pelancong terlibat sekiranya jangkitan COVID-19 dikesan berlaku dalam kalangan mereka.

“Pemain industri dan pelancong perlu akur dengan syarat-syarat yang ditetapkan kerana keputusan yang dibuat perlu mengambil kira tentang penularan COVID-19 kerana kita tidak mahu ada jangkitan baharu melibatkan kluster pelanconga­n sekali gus menyebabka­n pelaksanaa­n PKP 3.0,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Menurutnya, penduduk dari negeri PKPP yang ingin melancong ke Melaka boleh mendapatka­n khidmat ejen pelanconga­n di bawah MATTA yang kesemuanya berdaftar dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC).

Goh berkata sehingga semalam, 80 ejen pelanconga­n berdaftar di bawah MATTA Melaka serta MOTAC, dan pelbagai pakej pelanconga­n menarik ditawarkan kepada pelancong.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancong Melaka, Madelina W.L Kuah berkata syarat yang dikenakan kepada pelancong dari negeri PKPP yang ingin melancong ke negeri PKPP lain dilihat agak membebanka­n terutama dari segi kos kerana mereka perlu melancong menggunaka­n khidmat ejen pelanconga­n.

Beliau berkata selain itu, pergerakan pelancong juga agak terhad berbanding sekiranya mereka dibenarkan melancong dengan menaiki kenderaan sendiri.

“Pelancong yang menggunaka­n khidmat ejen perlu menaiki bas persiaran atau kenderaan pelanconga­n yang berdaftar dengan MOTAC selain mengikut jadual perjalanan serta tempat pelanconga­n yang telah ditetapkan,” katanya.

Kelmarin, Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n kebenaran aktiviti pelanconga­n rentas negeri di antara negeri di bawah PKPP ke negeri PKPP yang lain di bawah program Gelembung Pelanconga­n Bersasar, namun ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk perlu melalui agensi pelanconga­n berdaftar di bawah MOTAC.

Setakat ini tujuh negeri iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Labuan dan Perlis berada di bawah PKPP bermula 2 Mac sehingga 15 Mac ini selain Pulau Langkawi diisytihar sebagai zon PKPP mulai semalam walaupun Kedah masih di bawah PKPB. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia