Utusan Borneo (Sarawak)

186 pengamal perubatan swasta diberi kuasa kendali kes positif COVID-19

Pejabat Kesihatan Daerah diberi tanggungja­wab sediakan garis panduan kepada mereka

-

“Pengamal perubatan swasta ini dibenar mengendali­kan kes positif COVID-19 di tempat mereka bekerja sama ada di klinik atau hospital swasta.

PUTRAJAYA: Seramai 186 pengamal perubatan swasta diberikan kuasa di bawah Seksyen 10 (2) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 bagi mengendali­kan kes positif COVID-19 berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, kesemua mereka berkuasa mengeluark­an perintah pengawasan dan pemerhatia­n di rumah atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID serta arahan pemakaian gelang kuarantin.

“Pengamal perubatan swasta ini dibenar mengendali­kan kes positif COVID19 di tempat mereka bekerja sama ada di klinik atau hospital swasta,” katanya dalam sidang media selepas melancarka­n buku ‘The COVID19 Chronicles of Malaysia | Navigating the Storm’, di sini semalam.

Mengenai pecahan pengamal perubatan swasta terbabit mengikut negeri, Dr Adham berkata Selangor mempunyai

Datuk Seri Dr Adham Baba

jumlah tertinggi iaitu 66, diikuti Kuala Lumpur (43), Johor (26), Pulau Pinang (16) dan Negeri Sembilan (13).

Selebihnya adalah masingmasi­ng empat di Melaka dan Perlis, Perak dan Terengganu masing-masing tiga, Pahang, Kelantan dan Sabah masingmasi­ng dua, manakala Kedah dan Putrajaya masing-masing satu.

Dr Adham berkata, Pejabat Kesihatan Daerah diberi tanggungja­wab menyediaka­n garis panduan kepada pengamal perubatan swasta terbabit.

Mengenai proses vaksinasi bagi barisan hadapan, Dr Adham berkata, sasaran

Menteri Kesihatan

60 peratus daripada 500,000 petugas barisan hadapan mendapat suntikan vaksin COVID-19 dijangka dicapai minggu ini.

Sehingga kini, katanya 195,923 individu telah mendapat suntikan.

Seramai 4.68 juta rakyat negara ini telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahter­a. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN BUKU: Dr Adham (kanan) ketika sidang media pelancaran buku ‘The COVID-19 Chronicles Of Malaysia-Navigating The Storm’ di Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Putrajaya, semalam. Turut sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah (kiri).
— Gambar Bernama PELANCARAN BUKU: Dr Adham (kanan) ketika sidang media pelancaran buku ‘The COVID-19 Chronicles Of Malaysia-Navigating The Storm’ di Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Putrajaya, semalam. Turut sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia