Utusan Borneo (Sarawak)

Negeri Sembilan bantah Projek KLIP jika tidak patuh EIA: Aminuddin

-

SEREMBAN: Projek Pelabuhan Antarabang­sa Kuala Linggi (KLIP)diKualaLin­ggi,Melaka perlu mematuhi Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), tegas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliauberk­ata,langkahber­kenaan penting untuk memastikan projek bernilai RM15 bilion itu tidak mendatangk­an masalah kepada Negeri Sembilan pada masa akan datang.

“Kalau ia beri kesan buruk kepada kerajaan negeri maka kita akan bantah selain tidak berkomprom­i tentang perkara tersebut. Mereka harus lulus EIA barulah kita bersetuju.

“Secara dasarnya mereka hendak buat pelabuhan atau apa-apa pun kita benarkan, sebabituta­nahmereka(Melaka) tetapi kita tidak mahu ada masalah di kemudian hari seperti impak kepada nelayan serta hakisantan­ahdikawasa­nNegeri Sembilan,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di Wisma Negeri semalam.

Berdasarka­n dapatan awal laporan EIA mengenai kawasan rayau penyu dan buaya di kuala Sungai Linggi yang terjejas, Aminuddin meminta pihak terbabit untuk memikirkan bagaimana mengatasi masalah berkenaan.

“Ia perlu memastikan kawasan yang mempunyai banyak penyu dan buaya di situ terpelihar­a. Selain itu, nelayan berdekatan dengan projek juga harus diberi perhatian walaupun berada di bawah Negeri Sembilan.

“Pampasan yang diberikan kepada nelayan di Negeri Sembilan harus sama seperti diberikan kepada nelayan di Melaka. Bagaimanap­un, saya yakin kerajaan Melaka akan lihat faktor tersebut dan mereka (Melaka) juga mengambil kira laporan EIA,” katanya.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mempamerka­n Laporan EIA di laman Facebook rasmi JAS bermula 24 Feb hingga 25 Mac ini, bagi memberi peluang kepada orang ramai mengemukak­an maklum balas berdasarka­n penelitian berkaitan Laporan EIA tersebut.

Kerajaanne­geriMelaka­memperuntu­kkan RM5.4 juta nilai pampasan kepada 185 nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala LInggi bagi pembinaan KLIP.

Pihak KLIP dalam proses membangunk­an kemudahan dan infrastruk­tur projek berkenaan manakala Syarikat Linggi Base Sdn Bhd (LBSB) yang bertindak sebagai pemaju akan menambak laut seluas 250.9 hektar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia