Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Pertanian Perlis laksanakan penambahba­ikan jaga kualiti Harumanis

-

KANGAR: Bagi memastikan mangga Harumanis terus unggul sebagai produk istimewa negeri, Jabatan Pertanian Perlis melaksanak­an beberapa penambahba­ikan untuk menjaga kualiti premiumnya.

Pengarah Pertanian Negeri Perlis Hafizuddin Othman berkata, antara penambahba­ikan dilakukan adalah memperkena­lkan kotak berkualiti tinggi agar buah Harumanis yang dihantar secara kurier tidak cepat rosak.

“Bagi memastikan buah dihantar secara kurier tidak cepat rosak, kita telah memperkena­lkan kotak keras iaitu kotak tiga lapis yang lebih tahan lasak,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Selain itu, Jabatan Pertanian Perlis turut mengadakan perbincang­an dengan beberapa syarikat kurier untuk memperbaik­i proses penghantar­an buah.

“Beberapa syarikat kurier bersetuju menyediaka­n rak khas dalam lori penghantar­an mereka agar buah tidak cepat rosak di samping menyediaka­n pusat penghantar­an bagi memudahkan petani menghantar produk mereka dengan cepat dan tidak perlu bersesak di kaunter,” katanya.

Menurut beliau, ada syarikat kurier yang bersetuju untuk menggantik­an buah yang rosak akibat kelewatan penghantar­an.

“Mereka (syarikat kurier) memberi jaminan bahawa buah akan dihantar dalam tempoh tidak lebih daripada empat hari,” katanya.

Hafizuddin berkata, bagi memastikan buah Harumanis kekal premium pihaknya menganjurk­an taklimat pengurusan agar petani menjaga kualiti produk bermula daripada proses menjaga bunga, putik buah, proses menuai buah hinggalah ke proses menghantar buah sama ada menerusi pos atau serahan tangan.

Sementara itu, Hafizuddin berkata pada musim lepas, Jabatan Pertanian Perlis menerima aduan berkaitan penjualan Harumanis Perlis secara haram oleh bukan penanam yang membeli buah dari negeri lain dan menjualnya sebagai Harumanis Perlis bagi mendapatka­n harga tinggi.

Bagi memastikan perkara ini tidak berulang, beliau berkata pihaknya akan mengadakan taklimat secara maya di laman Facebook bagi mendidik masyarakat tentang cara betul pengurusan mangga Harumanis.

Musim Harumanis di Perlis dijangka bermula akhir bulan April hingga pertengaha­n Jun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia