Utusan Borneo (Sarawak)

Dortmund tewaskan Sevilla dengan agregat 5-4

Haaland ledak dua gol untuk singkirkan Sevilla dari kejuaraan Liga Juara-Juara dalam aksi suku akhir

-

“Ia merupakan perlawanan yang mencabar – Saya amat letih, namun berasa megah kerana mara dalam pusingan seterusnya. Permainan itu sangat luar biasa, dan kemenangan luar biasa dan ” menakjubka­n.

Erling Braut Haaland

Penyerang Borussia Dortmund

DORTMUND: Erling Braut Haaland menghadiah­kan dua gol buat Borussia Dortmund sekaligus menyingkir Sevilla dari peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 5-4 yang ‘luar biasa dan menakjubka­n’ selepas seri 2-2 dalam pusingan pertama pada Selasa.

Haaland, yang juga merembat dua gol untuk kemenangan 3-2 Dortmund dalam pusingan 16 akhir, telah menjaringk­an gol pembuka pada babak pertama dan juga meraih mata dalam penalti yang diambil semula setelah pemain Sevilla mengasari Haaland di Signal Iduna Park.

“Ia merupakan perlawanan yang mencabar – Saya amat letih, namun berasa megah kerana mara dalam pusingan seterusnya,” ulas Haaland kepada Sky.

“Permainan itu sangat luar biasa, dan kemenangan luar biasa dan menakjubka­n.”

“Penyerang Sevilla, Youssef En-Nesyri memecah kebuntuan pada minit ke-69 untuk mengejar Dortmund.

“Kami tidak berpuas hati dengan keputusan ini. Sebenarnya nasib tidak menyebelah­i kami – mereka hanya membuat cubaan sekali dan berjaya merembat gol,” kata En-Nesyri kepada Movistar.

“Kami bertarung sehingga minit terakhir.”

Haaland, wira pusingan itu, ialah penjaring terbanyak musim ini dengan 10 gol dalam enam perlawanan.

Pemain 20 tahun itu ialah yang termuda untuk mengumpulk­an 20 gol

dalam Liga Juara-Juara, dengan hanya 14 kali turun padang, memecah rekod yang dipegang oleh Kylian Mbappe.

“Kami telah menyaksika­n kehebatan seorang pemain (Haaland) yang akan menjadi sensasi era ini,” ramal jurulatih Sevilla Julen Lopetegui. Sungguhpun telah kalah tiga daripada empat perlawanan, Sevilla bermain rancak semasa permulaan dan Dortmund terpaksa menghadapi tekanan itu sebelum meledak dan mendahului.

Ketika pasukan itu ketinggala­n dalam perlawanan di tempat sendiri, pemain tengah Dortmund Mahmoud Dahoud melorong bola kepada Marco Reus dan disambut Haaland yang menukar arah bola terus ke pintu gol. Beliau menjaringk­an gol lagi selepas separuh masa kedua, namun gol itu terbatal setelah pengadil mengesahka­n Haaland telah mengasari pemain pertahanan Sevilla Fernando sebelum merembat gol cantik dari sudut sukar.

Walau bagaimanap­un, pengadil juga menghadiah­kan sepakan penalti ekoran kekasaran terhadap Haaland.

Reus, pemain lazim sepakan penalti Dortmund, mengundur diri dan membuka peluang buat Haaland untuk membuat cubaan.

Cubaan pertama beliau ditepis ke tiang oleh Yassine Bounou, namun dalam cubaan kedua, penjaga gol Sevilla itu bergerak terlalu awal sebelum bola disepak oleh Haaland lalu membuahkan gol.

Haaland dan pemain tengah Sevilla Joan Jordan dilihat menolak-nolak, dan pihak La Liga kurang senang dengan cara sambutan Haaland.

“Sepakan penalti pertama saya terpesong, kalau dia berdiri di atas garisan sudah pasti saya dapat memasukkan gol, tetapi dia menipu,” tambah Haaland.

“Saya agak gemuruh dengan penalti kedua, namun saya tahu pasti hebat jika dapat meraih gol kedua.”

Pemain pertahanan Dortmund Emre Can dilayangka­n kad kuning dan menghadiah­kan sepakan penalti kepada Sevilla, yang mana disempurna­kan oleh penyerang En-Nesyri.

Namun demikian, Sevilla masih rancak dalam permainan dan menyaksika­n En-Nesyri menanduk masuk bola sejurus sebelum wisel penamat ditiup.

“Ia ialah permainan yang bergelora,” ulas jurulatih Dortmund, Edin Terzic.

“Kami tidak meramal untuk pergi sejauh ini, jadi untuk tersenarai dalam lapan terbaik Eropah membuat kami sangat berbesar hati. Erling Haaland sangat cemerlang.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kedua 16 akhir Liga Juara-Juara di antara Dortmund dan Sevilla di Signal Iduna Park.
— Gambar AFP TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kedua 16 akhir Liga Juara-Juara di antara Dortmund dan Sevilla di Signal Iduna Park.
 ?? — Gambar AFP ?? BERGAYA: Haaland bergambar dengan trofi‘Man of The Match’ selepas tamat perlawanan tersebut.
— Gambar AFP BERGAYA: Haaland bergambar dengan trofi‘Man of The Match’ selepas tamat perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia