Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan ke atas Sabah, suntik semangat skuad KDA FC

-

ALOR SETAR: Pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC diingatkan agar terus fokus dan tidak memandang mudah keupayaan Penang FC apabila berkunjung ke gelanggang lawan di Stadium Bandaraya, Jumaat ini.

Ketua jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak berkata kemenangan 2-0 ke atas Sabah pada perlawanan Liga Super malam kelmarin menyuntik kembali semangat pemain selepas tunduk 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan Piala Sumbangsih Sabtu lepas.

“Selepas ini, sudah tentunya saya berharap pemain kembali fokus terutama pada perlawanan bertemu Pulau Pinang kerana ia bukanlah mudah, kita hendak menang, mereka juga mahukan kemenangan apabila bermain di tempat sendiri.

“Yang penting tiga mata diperolehi, sedikit sebanyak meningkatk­an semula keyakinan pemain seterusnya memperbaik­i kelemahan yang ada supaya dapat beraksi lebih baik nanti,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan menentang Sabah di Stadium Darul Aman di sini malam kelmarin.

Mengenai aksi menentang The Rhinos, Aidil Sharin memuji barisan pemain Sabah walaupun turun tanpa empat pemain import mereka namun banyak memberi tekanan kepada skuad Hijau Kuning sepanjang 90 minit perlawanan.

“Pemain mengikut semua perancanga­n dengan baik sehingga mampu menghalang asakan lawan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah Kurniawan Dwi Yulianto tetap berpuas hati dengan prestasi dipamerkan pemain walaupun gagal mengutip mata di tempat lawan.

Beliau berkata corak permainan yang terlalu berhatihat­i sedikit sebanyak merencat perancanga­n pasukan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia