Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan sertai liga perlu patuhi SOP

-

SIBU: Semua pasukan yang bertanding dalam Piala Liga Bawah 25 Tahun (U25) SSC/ FAS 2021 perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan jangkitan COVID-19 tidak berlaku dalam kalangan pemain dan pegawai.

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, beliau akan meneliti SOP yang ada bagi memastikan keselamata­n dan kesihatan semua yang terlibat.

"Untuk setiap pertanding­an kita ada SOP yang dikeluarka­n, dimana setiap pertanding­an perlu mendapatka­n kelulusan daripada SDMC, tidak ada penonton dan juga harus ada kawalan rapi supaya SOP dipatuhi.

"Untuk pastikan pemain dan pegawai tidak positif, saya tidak pasti sama ada mereka perlu menjalani calitan sebelum menyertai pertanding­an ini," ujarnya ketika memberi penjelasan berhubung kes COVID-19 harian di Sibu menerusi Facebook, kelmarin.

Dr Annuar yang juga ADUN Nangka berkata demikian ketika menjawab persoalan berhubung jaminan pihak penganjur liga yang semua pemain dan pegawai pasukan yang menyertai pertanding­an tidak akan menyebarka­n jangkitan jika ada di kalangan mereka positif COVID-19.

Liga Bawah 25 Tahun SSC/ FAS 2021 dijadual bermula 13 Mac ini dengan sepak mula atau perasmian di Kuching, dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Sarawak

Sports Corporatio­n (SSC).

Liga dibahagika­n kepada tiga zon iaitu Zon Utara (Kuching FA, Serian FA, Samarahan FA, SUFC), Zon Tengah (Betong FA, Sarikei FA, Sibu FA, Kapit FA, Sri Aman FA), Zon Utara (Mukah FA, Bintulu FA, Miri FA, Limbang FA).

Menyentuh mengenai kes COVID-19 di Flat Sibu Jaya pada 8 Mac, Dr Annuar berkata, 100 kes adalah dari flat Blok H dan J.

Kes di flat Sibu Jaya kelmarin menurun kepada tiga kes sahaja, di mana tiga lagi kes di Terrace A, menjadikan keseluruha­n di Sibu Jaya enam kes.

Menjawap pertanyaan mengapa di sesuatu kawasan ujian calitan perlu dilakukan banyak kali, Dr Annuar berkata itu semua perlu untuk mengesan semua yang positif

COVID-19.

"Apabila kita membuat sekatan pergerakan di suatu kawasan, kita akan membuat saringan pertama.

"Selepas itu kita perlu buat saringan kedua kerana ada di kalangan mereka belum lagi positif masa itu," jelasnya.

"Semasa saringan kedua dan ketiga, mereka yang positif tapi belum dikesan boleh menjangkit­i orang lain.

"Ini kerana semasa calitan kedua mereka belum lagi positif sebab ia memerlukan inkubasi selama 14 hari," tambahnya lanjut.

"Paling cepat seseorang itu positif adalah lima hari selepas dijangkiti.

"Sebab itu ada sesetengah perlu dibuat calitan banyak kali di sesuatu kawasan sebelum kes kosong," kata beliau lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia