Utusan Borneo (Sarawak)

Fernandes belum sedia untuk melanjutka­n kontrak baharu

-

LONDON: Bruno Fernandes enggan menandatan­gani kontrak baharu bernilai 200,000 pound seminggu di Manchester United melainkan beliau mendapat jaminan tentang pelan pembelian pemain pada musim panas akan datang.

Pemain tengah itu menjadi tulang belakang utama United pada musim ini dan kelab berusaha untuk mengikat beliau untuk kontrak jangka panjang, melangkaui lima tahun.

Tetapi Fernandes, 26, mahu mengetuai apa perancanga­n United dalam pasaran perpindaha­n pemain akan datang sebelum mengesahka­n kontrak baharu, menurut akhbar The Sun.

Pemain antarabang­sa Portugal itu adalah antara pemain utama dengan gaji paling rendah di Old Trafford walaupun aksi memberangs­angkan sejak tiba dari Sporting Lisbon pada bulan Januari.

Beliau ketika ini menerima gaji 100,000 pound seminggu, jauh di belakang penerima gaji tertinggi David de Gea (375,000 pound) dan Paul Pogba 290,000 pound.

Kontrak yang beliau tandatanga­n pada bulan Januari lepas berlarutan untuk lima tahun setengah dengan pilihan lanjutan satu tahun lagi.

United dilaporkan bersedia menambah dua kali ganda gaji semasa beliau dan kemudian bonus prestasi serta insentif berdasarka­n pencapaian.

Minggu lepas, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui perbelanja­an besar pada musim panas ini mungkin tidak akan berlaku kerana kekangan kewangan kelab ekoran pandemik COVID-19.

Tetapi pemain bintang kelab mahu mengetahui perancanga­n kelab untuk meningkatk­an pasukan.

Fernandes menjaringk­an 22 gol sebagai pemain tengah bersama United setakat musim ini.

United ketika ini ketinggala­n 11 mata di belakang pendahulu liga, City dan memerlukan Fernandes berada di tahap terbaik jika mempunyai peluang mengejar kelab jirannya itu. — AFP

 ??  ?? FERNANDES
FERNANDES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia