Utusan Borneo (Sarawak)

Gerrard luah keinginan untuk kendali Liverpool

-

LONDON: Steven Gerrard menerangka­n ‘impian’ beliau untuk membimbing Liverpool namun dalam masa yang sama mahu Jurgen Klopp kekal di Anfield untuk bertahun-tahun akan datang.

Masa depan Klopp nampak tidak jelas sejak beberapa minggu lepas dengan prestasi hambar pasukan Liverpool dalam Liga Perdana – mereka menuruni tangga kelapan dan gelaran juara bertahan mereka musnah.

Gerrard baru-baru ini telah dikaitkan dengan kepulangan sensasi sebagai pengurus pasukan Anfield - di mana beliau ialah legenda kelab

– dengan keunggulan­nya bersama Rangers dalam Perdana Scottish.

Gerrard menerima banyak pujian semasa mengelola kebangkita­n Rangers daripada tempat tercorot ke puncak Scotland, membelasah musuh ketat, Celtic daripada singgahsan­a, dan ini memberi persepsi bahawa beliau sudah bersedia untuk mengambil alih tugas terutama dalam pasukan Liverpool.

Apabila disoal tentang aspirasi beliau untuk mengendali kelab tercintany­a Liverpool, respon Gerrard: ‘Kita tidak patut bersembang tentang ini, kita mempunyai salah seorang jurulatih yang terbaik membimbing kelab buat masa kini, saya sayang beliau.

Saya berharap beliau kekal beberapa tahun lagi.

“Namun saya mempunyai tugas di sini, saya rasa bercakap tentang ini tidak membantu dan saya berharap Jurgen masih menjaga Liverpool untuk bertahun-tahun akan datang.

“Liverpool ialah kelab saya. Saya ada perjalanan indah. Adakah impian saya untuk membimbing Liverpool? Ya, namun bukan sekarang dan saya tidak pasti jika saya akan layak.

‘Ramai jurulatih di muka Bumi ini, kita harus menghormat­i Jurgen yang terutamany­a. — AFP

 ??  ?? GERRARD
GERRARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia