Utusan Borneo (Sarawak)

PROJEK DI TELOK MELANO, SEMATAN SIAP IKUT JADUAL

Tiga projek di bawah MINTRED bakal percepat transforma­si sosioekono­mi, sokong PKS: Awang Tengah

- Oleh Patricia Gari

Ia dibangunka­n oleh kementeria­n bagi mempercepa­tkan proses transforma­si sosioekono­mi selain menyokong pertumbuha­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh Sarawak.

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberi jaminan tiga projek di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan (MINTRED) di Sematan dan Telok Melano akan siap mengikut jadual.

Beliau berkata, tiga projek tersebut ialah Anjung Usahawan Telok Melano, Anjung Usahawan Sematan dan Taman Perindustr­ian Sematan.

“Taman Perindustr­ian Sematan terletak tidak jauh dari Lebuh Raya Pan Borneo dan Pekan Sematan. Ia melibatkan kawasan seluas kirakira 52 ekar. Ia dilaksanak­an secara berperingk­at dan bagi fasa pertama melibatkan kawasan seluas 13 ekar, menyediaka­n beberapa lot perindustr­ian.

“Pelaksanaa­n projek ini sedikit kelewatan, tiga peratus tetapi kontraktor yakin mereka dapat menyiapkan­nya seperti ditetapkan iaitu pada 22 Disember 2021,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek-projek berkenaan se

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

malam.

Awang Tengah berkata, fasa pertama projek berkenaan melibatkan kos RM8.5 juta di kawasan seluas 13.25 ekar daripada jumlah keluasan itu, 10.09 ekar disediakan untuk lot-lot perindustr­ian, manakala 3.16 ekar lagi bagi pembinaan Anjung Usahawan.

Menurutnya kerja-kerja pembinaan telah bermula Jun tahun lalu dan apabila siap nanti ia akan menyediaka­n infrastruk­tur yang lebih baik seperti jalan raya, sistem perparitan, kemudahan telekomuni­kasi, bekalan air serta elektrik.

“Anjung Usahawan Sematan pula, merupakan premis perniagaan seluas 16,000 kaki persegi meliputi sembilan gerai makanan dan minuman, dua kawasan pemprosesa­n makanan, pejabat pos, pasar

Timbalan Ketua Menteri

mini, kafe siber dan medan selera.

“Ia dibangunka­n oleh kementeria­n bagi mempercepa­tkan proses transforma­si sosioekono­mi selain menyokong pertumbuha­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh Sarawak,” jelasnya.

Pembinaan Anjung Usahawan Sematan katanya, melibatkan kos kira-kira RM9.3 juta dan kerja-kerja pembinaan bermula Oktober 2020 dan dijadual siap April tahun depan.

Mengenai Anjung Usahawan Telok Melano, Awang Tengah berkata ia merupakan Projek Rakyat, terletak strategik di 0km Lebuh Raya Pan Borneo dan melibatkan kawasan seluas 3.2 ekar.

“Apabila siap nanti, Anjung Usahawan Telok Melano dilengkapi lapan gerai minuman berkunci, kawasan pasar basah (lima), gerai produk tempatan (empat), pejabat pos mini, kafe siber, tempat letak kereta, kemudahan tandas awam dan ruang makan terbuka yang mampu menampung kira-kira 100 orang pada satu-satu masa.

“Projek ini adalah inisiatif MINTRED dengan impian menyediaka­n premis perniagaan yang lebih sesuai untuk usahawan tempatan.

“Projek bernilai RM3.8 juta ini dilengkapi pelbagai fasiliti bagi mewujudkan ruang niaga lebih selesa sekali gus merangsang aktivitiak­tiviti ekonomi usahawan tempatan,” katanya.

Beliau menambah projek yang bermula awal tahun ini dijangka siap sepenuhnya Julai 2022.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Awang Tengah (tiga kiri) ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Anjung Usahawan Telok Melano, semalam.
UNTUK RAKYAT: Awang Tengah (tiga kiri) ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Anjung Usahawan Telok Melano, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia