Utusan Borneo (Sarawak)

Projek RTP beri impak besar: Hasbi

Agensi pelaksana harus pantau, pastikan projek siap mengikut jadual dan spesifikas­i ditetapkan

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Projek-projek di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) yang dilaksanak­an kerajaan perlu disiapkan mengikut jadual untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Hasbi Habibollah berkata, oleh itu pemantauan perlu dilakukan agensi pelaksana dalam memastikan kemudahan dan projek pembanguna­n dimanfaatk­an rakyat secara keseluruha­n.

“RTP dilihat penting serta memberi impak yang besar kepada penduduk setempat kerana akan memberi kemudahan untuk kehidupan seharian mereka,” ujarnya ketika melawat lima projek RTP 2020 di sini, kelmarin.

Mengiringi beliau ialah Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Limbang Noor Ismail Razali, Penolong Jurutera Awam

Bahagian Limbang Mahathir Jokeni, Jurutera Bahagian Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Limbang Hanisah Ahmad, Pemanca Jun Sila

dan Timbalan Pengerusi SADIA Pampang Limbang Jangan Bakar.

Ahli Parlimen Limbang itu memberitah­u, lima projek RTP sedang rancak dibina termasuk di kawasan luar bandar.

Antaranya, projek membina jambatan yang melalui lima anak sungai di Kampung Entakong dengan kos

RM150,000, menaik taraf jambatan gantung Kampung Long Serangan bernilai RM170,000, pembinaan pembetung dan simen di hadapan Dewan Rumah Ajut dengan kos RM80,000 (siap sepenuhnya) dan pembinaan jalan dari Kampung Bukit Luba ke Kampung Remuyu (Fasa 2) bernilai RM150,000, katanya.

Projek lain tambahnya, membabitka­n pembinaan parit konkrit di Rumah Babai, Berawan yang kini mencecah 37 peratus pembinaan dengan kos RM150,000.

Hasbi turut berpuas hati dengan perkembang­an projek dan akan memantau projek-projek itu dari semasa ke semasa.

“Bagaimanap­un, beberapa projek mengalami sedikit kelewatan daripada tarikh yang telah ditetapkan disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan seperti cuaca, pembekal barangan dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau turut berterima kasih kepada agensi pelaksana sepeti JKR dan JPS kerana dapat melaksanak­an projek-projek dengan begitu baik.

RTP dilihat penting serta memberi impak yang besar kepada penduduk setempat kerana akan memberi kemudahan untuk kehidupan seharian

” mereka.

Hasbi Habibollah

Timbalan Menteri Pengangkut­an

 ??  ??
 ??  ?? LANCAR: Hasbi (dua kiri) ketika meninjau salah satu projek RTP di Limbang, kelmarin.
LANCAR: Hasbi (dua kiri) ketika meninjau salah satu projek RTP di Limbang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia