Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 199 KES BAHARU DIREKOD DI SARAWAK SEMALAM

-

KUCHING: Sebanyak 199 kes positif baharu COVID-19 dikesan di Sarawak semalam dengan Daerah Sibu merekodkan angka kes tertinggi iaitu 41 kes.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n kes postitif di Sarawak meningkat kepada 11,710 kes setakat ini.

Selain Sibu katanya, daerah-daerah yang mencatatka­n kes positif ialah Kapit (33), Kuching (33), Miri (22), Song (19), Bintulu (8), Tatau (8), Serian (6), Bau (6), Betong (6), Samarahan (4), Bukit Mabong (3), Mukah (2), Pusa (2), Dalat (1), Saratok (1), Sarikei (1), Sri Aman (1), Subis (1) dan Selangau (1).

“Daripada 199 kes baharu yang dilaporkan, seramai 30 orang atau 15.07 peratus adalah terdiri daripada individu yang telah menunjukka­n tanda-tanda dan mengalami tanda-tanda jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan,” katanya dalam kenyataan semalam.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat 137 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Bintulu (40), Hospital Sibu (28), Hospital Umum Sarawak (23), Hospital Miri (17), Hospital Kapit (16), PKRC Betong (7) dan Hospital Sarikei (6) semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 9,124 orang atau 77.92 peratus dari jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak.

“Manakala kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,457 orang,” ujarnya.

Bagi kes individu disyaki (PUI) kata JPBNS, seramai 199 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI menunggu keputusan ujian makmal semalam.

Sementara seramai 192 individu di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel bagi menjalani kuarantin.

Dalam pada itu, JPBNS memberitah­u setakat 9 Mac lalu, jumlah keseluruha­n yang telah diberikan suntikan vaksin adalah sebanyak 26,142 sejak program imunisasi bermula pada 26 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia