Utusan Borneo (Sarawak)

Nomadland arahan Chloe Zhao filem terbaik Critics Choice Award

- Oleh Andrew Marszal

WALAUPUN harus berdepan dengan kontrovers­i di China, filem ‘Nomadland’ melangkah laju ke arah kegemilang­an musim anugerah baru-baru ini selepas dinobatkan sebagai filem terbaik di Critics Choice Awards, selain turut memenangi pengarah terbaik untuk Chloe Zhao.

Filem mengenai penghuni van yang berkelana di sepanjang jalan raya terbuka Amerika yang menakjubka­n itu turut memenangi sinematogr­afi dan lakon layar adaptasi terbaik, mengesahka­n status barisan utamanya di Anugerah Oscar dua hari selepas ruangan pengundian Academy bermula.

Filem tersebut, yang turut menang besar semasa Anugerah Golden Globes sebelumnya, telah mendapat kecaman nasionalis di China, di mana tayanganny­a telah berdepan dengan keraguan baru-baru ini selepas para pengguna media sosial dan media China mempersoal­kan kesetiaan Zhao yang dilahirkan di Beijing kepada negara kelahirann­ya.

Para pembikin filem tidak menyatakan secara langsung mengenai kontrovers­i itu pada acara anugerah berkenaan, dengan pengeluar Mollye Asher berterima kasih kepada Zhao kerana “membimbing kami dengan jiwa sebegitu.”

“Dalam masa setahun yang telah menerangi keperluan penting bagi hubungan dan empati, kami berasa sangat bangga untuk menghasilk­an sebuah filem yang meraikan perasaan kasih sayang yang diperolehi dengan hanya sekadar mendengar satu sama lain,” jelas Asher.

Zhao turut memberikan penghormat­an kepada pengadun bunyi filem Michael Wolf Snyder, yang telah meninggal dunia kerana membunuh diri pada minggu lepas.

“Kami akan menemui anda satu hari nanti temanku,” kata Zhao, membaca satu baris ayat dari filem tersebut.

Critics Choice Awards, dipilih oleh 400 orang anggota dari pertubuhan pengkritik terbesar di Amerika Utara, diadakan secara tertutup dari sebuah pentas di Los Angeles.

Pelakon AS Taye Diggs mengacarak­an satu acara gabungan tetamu secara bersemuka, panggilan video secara langsung dan pesanan yang direkodkan awal daripada para penyampai lain, calon-calon dan balu kepada mendiang bintang ‘Black Panther’ Chadwick Boseman.

“Ia adalah begitu sukar untuk menemui satu perasaan gembira pada saat-saat sebegini,” menurut Taylor Simone Ledward, menerima anugerah pelakon lelaki terbaik bagi drama blues 1920-an ‘Ma Rainey’s Black Bottom’, selepas kematianny­a akibat kanser pada Ogos lepas.

“Masyarakat semakin berkembang ketika orang tua menanam pokok bagi tempat yang mana mereka mungkin tidak akan pernah duduki,” jelas beliau.

“Serta masyarakat kita mungkin jauh dari hebat, namun saya tahu bahawa benih yang anda tanam akan berkembang menjadi hutan.”

‘Ma Rainey’ turut memenangi dua anugerah teknikal bagi menamatkan malam tersebut dengan dua dari tiga anugerah, mendahului tiga buah filem lain dengan dua.

Carey Mulligan memperkuku­hkan harapan Oscar beliau dalam satu bahagian yang sengit bagi aktres terbaik melalui wataknya sebagai seorang pemburu dendam yang menjadikan lelaki pembenci perempuan sebagai mangsa dalam ‘Promising Young Woman’, yang turut menang lakon layar asal.

‘The Trial of the Chicago 7’, sebuah drama mahkamah mengenai penunjuk perasaan antiPerang Vietnam pada tahun 1980-an, mengaut anugerah lakonan terbaik termasuk turut memenangi suntingan terbaik.

Pelakon bersama Sacha Baron Cohen menyatakan bahawa sejarah mungkin akan berulang semula “kecuali kita mempelajar­i daripadany­a dengan menyatakan kisah paling penting.”

Serta Alan Kim, bintang kecil berusia lapan tahun bagi drama pendatang Korea-Amerika ‘Minari’, telah mencuri hati semua apabila menitiskan air mata tidak terkawal sambil memakai tuksedo kecilnya ketika beliau menerima anugerah pelakon muda lelaki terbaik. Filem itu turut menang untuk filem bahasa asing terbaik.

Pada satu malam yang dibayangi oleh temubual hangat CBS dengan Meghan Markle dan Putera Harry oleh Oprah Winfrey, drama keluarga diraja British ‘The Crown’ telah mengunggul­i kategori televisyen, dengan empat kemenangan termasuk siri drama terbaik.

Pencalonan Oscar akan diumumkan pada 15 Mac, dengan majlis penganuger­ahan telah ditunda pada tahun ini kepada 25 April. — AFP

 ??  ?? CHLOE ZHAO
CHLOE ZHAO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia