Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Tamrin didakwa buat komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Johor

-

JOHOR BAHRU: Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membuat komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Johor menerusi catatan di blog, tahun lepas.

Mohd Tamrin, 71, yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarha­m Tun Abdul Ghafar Baba membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, Mohd Tamrin dengan menggunaka­n blog ‘tamrintung­hafar’ di pautan https:/ tamrintung­hafar.blogspot. com didakwa secara sedar membuat komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat menyakitka­n hati orang lain, yang dibaca di laman ‘Page Facebook Dato Tamrin Tun Abdul Ghafar’.

Catatan itu membabitka­n artikel mengaitkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mohd Tamrin didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Media RPO Services,

Jalan Persiaran Southkey 1, Kota Southkey di sini, kirakira jam 7 malam, 2 Februari 2020.

Mohd Tamrin didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau keduaduany­a dan boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan yang dikendalik­an Ketua Unit, Unit Jenayah Am dan Ketenteram­an Awam Datuk Yusaini Amer Abdul Karim dan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman menawarkan jaminan RM20,000 terhadap Mohd Tamrin.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali bagaimanap­un memohon mahkamah membenarka­n jaminan tidak lebih RM5,000 dengan alasan Mohd Tamrin kini seorang penganggur dan mempunyai masalah jantung yang memerlukan rawatan bulanan di Institut Jantung Negara (IJN). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia