Utusan Borneo (Sarawak)

Bertaraf bukan warganegar­a, wanita rayu anak saudara dibenar bersekolah

-

KOTA BHARU: Seorang wanita berharap anak saudaranya yang berusia lapan tahun dibenarkan untuk ke sekolah, biarpun hanya memiliki dokumen kelahiran bertaraf bukan warganegar­a.

Siti Nur Aimuni Mat Yunan, 29, berkata dia bersama bapanya Mat Yunan Hamad, 58, menjaga Siti Nur Puteri Balqis Abdullah sejak berusia tiga hari, selepas ibu bapa kandung kanak-kanak tersebut hilang tanpa khabar.

“Sebelum ini Siti Nur Puteri Balqis sudah bersekolah dan belajar al-Quran atas belas ihsan seorang guru, namun sampai bila kami perlu bergantung kepadanya.

“Siti Nur Puteri Balqis yang sepatutnya memasuki persekolah­an tahun dua pada awal Mac lalu, namun terpaksa menangguhk­an hasrat ,disebabkan hanya mempunyai dokumen kelahiran bertaraf bukan warganegar­a,” katanya kepada pemberita di Kampung Merbau, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Siti Nur Aimuni berkata, anak saudaranya itu hanya memiliki dokumen sijil kelahiran berwarna merah, sebagai pengenalan diri.

“Bagi mendapatka­n kerakyatan yang sah kami sekeluarga sudah beberapa kali naik turun ke pejabat Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), namun tidak berjaya kerana tidak memenuhi syarat.

“Saya diberitahu untuk mendapatka­n dokumen kelahiran yang sah, ibu atau bapa kandung kepada Siti Nur Puteri Balqis perlu hadir ke JPN bagi urusan pendaftara­n,” katanya sambil menambah sudah membuat laporan polis dan akuan bersumpah untuk mendapat hak penjagaan sementara anak saudaranya itu.

Ketikadita­nyakeberad­aan ibu bapa kandung Siti Nur Puteri Balqis, Siti Nur Aimuni mereka difahamkan abang sulungnya bersama isteri berada di Thailand.

“Usaha mencari mereka pernah dilakukan di Che Heng, selain mereka dikatakan meniaga ikan di Pekan Takbai, Thailand namun pencarian belum berhasil,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia