Utusan Borneo (Sarawak)

BUKAN TIKET UNTUK BERASA SELESA • MUKA 20

Elavarasan tidak mahu Sarawak United alpa biarpun sudah menang dua perlawanan dalam Liga Perdana

- Oleh Rusnan Mustafa

“Perjalanan masih lagi jauh, kita harus konsisten untuk perlawanan seterusnya kerana kalau kita terlalu selesa, kita akan lupa dan boleh menjejaska­n permainan seterusnya. ”

Elavarasan Elangowan

Ketua Jurulatih Sarawak United FC

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak United FC Elavarasan Elangowan mahu pasukan bimbingann­ya tidak alpa meskipun sudah merekodkan dua kemenangan dalam saingan Liga Perdana Malaysia 2021.

Beliau menegaskan, dua kemenangan itu bukan tiket untuk skuadnya berasa selesa, sekali gus boleh menjejaska­n prestasi para pemain pada perlawanan seterusnya dalam saingan liga tersebut.

"Perjalanan masih lagi jauh, kita harus konsisten untuk perlawanan seterusnya kerana kalau kita terlalu selesa, kita akan lupa dan boleh menjejaska­n permainan seterusnya," katanya selepas perlawanan itu kelmarin.

Tegasnya, para pemain harus konsisten dalam rentak permainan dalam persiapan menghadapi perlawanan seterusnya menentang Kuching City FC pada 16 Mac ini di Melaka.

"Kita tengok perlawanan dahulu, macam mana keadaan pemain dan perubahan pemain.

"Tetapi apa yang saya tengok menerusi dua perlawanan sebelum ini, nampak para pemain semakin lama semakin baik dari segi prestasiny­a dan paling penting kita perlu konsisten," kata Elavarasan lagi.

Kelmarin, Sarawak United merekodkan kemenangan kedua ketika menentang Perak FC II, 3-0 di Stadium Perak, Ipoh.

Beliau memberitah­u kemenangan Sarawak United ke atas Perak II itu terhasil ekoran kelebihan dari segi pengalaman yang dimiliki pasukan bimbingann­ya.

"Sebelum ini, kita risau juga dengan perlawanan petang sebab sudah lama kita tidak main petang. Ini perlawanan pertama kita. Kita tahu ini kali kedua Perak bermain (sebelah petang). Kita tahu Perak akan bersedia," jelasnya.

Gol kemenangan Sarawak United dihasilkan menerusi pemain Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-35.

Sarawak United menggandak­an jaringan menerusi pemain import, Uche Agba yang menyempurn­akan sepakan penalti pada minit ke-75.

Uche terus menjadi duri dalam daging pasukan tuan rumah apabila menjaringk­an gol ketiga Sarawak United pada minit ke-83 sekali gus memastikan pasukan pelawat pulang membawa tiga mata penuh.

Sementara itu, Kuching City sekadar seri 1-1 ketika berkunjung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menentang Terengganu FC II.

Dalam perlawanan pertama Kuching City itu, pasukan Terengganu II memanfaatk­an sepenuhnya kelebihan satu perlawanan ke atas kelab dari Sarawak terbabit untuk menjaringk­an gol awal pada minit ke-20 melalui pemain tengahnya Amirul Shazwan.

Sungguhpun demikian, kegembiraa­n pasukan tuan rumah, Terengganu II, tidak bertahan lama apabila pemain pertahanan Kuching City, Hairol Mokhtar menyamakan kedudukan selang sepuluh minit kemudian.

 ??  ??
 ??  ?? LINCAH: Aksi Uche ketika cuba melepasi pemain Perak FC II.
LINCAH: Aksi Uche ketika cuba melepasi pemain Perak FC II.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia