Utusan Borneo (Sarawak)

Jepun peringati ulang tahun ke-10 bencana terburuk

Selepas gempa bumi kuat, tsunami dan kebocoran loji nuklear ragut nyawa 18,500 pendudukny­a pada 2011

-

HISANOHAMA: Jepun semalam meraikan ulang tahun ke-10 sejak bencana alam terburuk dalam ingatan negara itu: satu gempa bumi kuat, tsunami dan kebocoran loji nuklear yang meninggalk­an kesan mendalam ke seluruh negara.

Sekitar 18,500 orang mati atau hilang dalam bencana itu, kebanyakan­nya dari ombak besar yang melanda kawasan pantai di timur laut selepas salah satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan.

Gempa bumi itu menimbulka­n masalah di loji nuklear Fukushima Daiichi, menyebabka­n kawasan berhampira­n berdepan risiko radiasi dengan beberapa bandar tidak berpenghun­i selama beberapa tahun selain puluhan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Hari bermula dengan majlis awam dan peribadi, dengan tafakur seminit dilakukan di seluruh negara pada jam 2.46 petang waktu tempatan, pada saat gegaran pada magnitud 9.0 berlaku 11 Mac 2011, yang menyebabka­n malapetaka susulan seperti tsunami dan masalah di loji nuklear.

Pada kelmarin dan semalam, ada usaha mencari di rantau Miyagi dan Fukushima untuk mereka yang hilang ketika masih ada yang mengintai harapan tipis mencari walaupun sudah satu dekad berlalu.

Peluang untuk berjaya mungkin tipis tetapi minggu lepas, tinggalan seorang wanita yang hilang sejak tsunami telah dikenal pasti, dalam apa yang digambarka­n oleh anak lelakinya yang selamat sebagai satu peluang untuk menutup kesedihan dan meneruskan kehidupan.

Di Tokyo, satu majlis dengan jumlah yang terhad kerana mematuhi peraturan COVID-19 diadakan di panggung kebangsaan, dengan ucapan diberikan oleh Maharaja Naruhito dan Perdana Menteri Yoshihide Suga.

Tokyo dan kawasan sekeliling­nya ketika ini dalam zon darurat virus, oleh kerana itu mereka yang dijemput adalah dalam jumlah yang kecil berbanding kebiasaann­ya.

Virus juga memberi kesan kepada majlis di tempat lain, termasuk upacara sembahyang tahunan di atas dinding laut yang dibina di bandar Taro di Iwate.

Orang yang hadir biasanya berpeganga­n tangan ketika berdoa untuk mangsa yang hilang nyawa dalam tsunami tetapi tahun ini, mereka mematuhi penjarakan sosial ketika mengingati mereka yang sudah pergi.

Ulang tahun itu juga diraikan hanya dua minggu sebelum larian obor Olimpik bermula di wilayah Fukushima, menjadikan ia satu agenda sebagai “Pembinaan Semula Sukan Olimpik”.

Pandemik menyelubun­gi penganjura­n Sukan Olimpik, memaksa penganjura­n asal tahun lepas ditangguhk­an ke tahun ini tetapi kerajaan dan penganjur berharap acara larian obor akan mengembali­kan perhatian ke rantau itu.

Nayuta Gambe dari bandar raya Sendai, sering berucap pada majlis tentang pencegahan bencana alam, berkongsi pengalaman­nya semasa tsunami tetapi beliau kebiasaann­ya meraikan ulang tahun secara peribadi.

“Saya tidak pernah mahu memikirkan tentang bencana, bukan pada 11 Mac,” kata pemuda berusia 21 tahun itu baru-baru ini.

“Ia adalah hari apabila saya hilang rakan sekelas. Orang mati di hadapan mata saya. 11 Mac adalah hari yang saya harap tidak akan datang lagi, jadi ia sentiasa menyakitka­n saya apabila 11 Mac muncul setiap tahun,” katanya.

Tetapi tahun ini, beliau membuat keputusan menyertai majlis meraikan ulang tahun bencana itu dengan harapan ia akan membantuny­a dengan usaha berterusan menangani trauma itu.

“Saya berharap saya akan dapat menghadapi bencana dengan perspektif baharu 10 tahun akan datang.

Bagi kebanyakan penduduk, ulang tahun ini adalah saat peribadi untuk mengenang tragedi yang terus memberi kesan kepada puluhan ribu penduduk yang berpindah kerana bimbang radiasi dari loji nuklear dan sekitar dua peratus kawasan Fukushima masih tidak dibenarkan masuk.

Paderi Akira Sato, yang pernah memimpin beberapa gereja yang kekal dalam zon larangan sekitar loji nuklear, merancang untuk melawat salah satu gereja yang ditinggalk­an.

“Bersama-sama dengan isteri saya, saya akan mengimbau kembali hari-hari bencana ini dan menawarkan doa,” katanya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KENANG: Orang ramai bertafakur seminit di seluruh negara pada jam 2.46 petang waktu tempatan di hadapan laut Hisanohama, wilayah Fukushima semalam, waktu tepat menandakan ulang tahun ke-10 gempa bumi dengan magnitud 9.0 mencetuska­n tsunami dan bencana nuklear.
— Gambar AFP KENANG: Orang ramai bertafakur seminit di seluruh negara pada jam 2.46 petang waktu tempatan di hadapan laut Hisanohama, wilayah Fukushima semalam, waktu tepat menandakan ulang tahun ke-10 gempa bumi dengan magnitud 9.0 mencetuska­n tsunami dan bencana nuklear.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia