Utusan Borneo (Sarawak)

IMPIAN MILIKI RUMAH SENDIRI AKHIRNYA TERCAPAI

Lima tahun diami kontena, Siti Khadijah dibantu menerusi Program Rumah Sejahtera Pantai Damai

-

Terima kasih kepada Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi kerana merealisas­ikan impian saya untuk mendiami rumah yang serba lengkap

” ini.

Siti Khadijah Kawi

KUCHING: Selepas lima tahun tinggal dalam kontena, Siti Khadijah Kawi bersama lima anaknya kini mengukir senyuman selepas impiannya untuk memiliki rumah sendiri yang mempunyai kemudahan lengkap menjadi kenyataan.

Dibina menerusi Program Rumah Sejahtera Pantai Damai, rumah tersebut yang dibina di Kampung Buntal menggantik­an kediaman lama Khadijah yang agak uzur dan tidak selamat untuk didiami.

Khadijah yang berusia 47 tahun melahirkan perasaan bersyukur selepas impian untuk memiliki rumah yang serba lengkap menjadi realiti.

Menurutnya, dia bersama arwah suami Morshidi Abdul Wahid pernah memohon bantuan rumah pada 2016, namun tiada sebarang jawapan diterima hingga sekarang.

“Alhamdulil­lah, saya amat bersyukur kerana mendapat bantuan rumah ini.

“Terima kasih kepada Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi kerana merealisas­ikan impian saya untuk mendiami rumah yang serba lengkap ini,” katanya.

Khadijah berkata, kunjungan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Khalidi Ibrahim bersama rombongan berbasikal harmoni telah membawa sinar kepada usaha untuk membina rumahnya.

“Ketika masih tinggal dalam kontena pada tahun lepas, saya didatangi Pengarah JAIS bersama kakitangan­nya yang menghulurk­an sumbangan.

“Selepas itu, kisah hidup saya sampai kepada Datuk Dr Abdul Rahman dan sekarang saya sudah memiliki rumah

Penerima bantuan

yang selesa ini,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Program Rumah Sejahtera Pantai Damai diperkenal­kan sejak enam bulan lepas.

“Setakat ini kita telah siap membina dua rumah di Kampung Rampangi Fasa 1 dan Kampung Buntal.

“Tiga lagi rumah yang sedang dibina iaitu di Kampung Jaya Bakti, Kampung Temedak dan Kampung Rampangi,” jelasnya semasa majlis penyerahan kepada

Khadijah di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Khalidi Ibrahim dan Penghulu Buntal Madli Sah.

 ??  ??
 ??  ?? SYUKUR: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyerahka­n cura kunci sebagai simbolik penyerahan rumah kepada Khadijah yang dibina di bawah Program Rumah Sejahtera Pantai Damai.
SYUKUR: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyerahka­n cura kunci sebagai simbolik penyerahan rumah kepada Khadijah yang dibina di bawah Program Rumah Sejahtera Pantai Damai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia