Utusan Borneo (Sarawak)

Lampu isyarat pintar atasi kesesakan Miri

Naik taraf telah dimasukkan dalam RMK12, pemasangan sistem bakal mengurangk­an kesesakan lalu lintas, kata Lee

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

Semua lampu isyarat dalam bandar akan ditukar kepada sistem lampu isyarat pintar melibatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengurus

” dan mengawal lalu lintas.

MIRI: Semua lampu isyarat di dalam kawasan bandar raya Miri akan dinaik taraf kepada sistem lampu isyarat pintar yang telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, dengan pemasangan lampu isyarat pintar, ia boleh dipantau dan diubah suai mengikut pergerakan kenderaan.

“Semua lampu isyarat dalam bandar akan ditukar kepada sistem lampu isyarat pintar melibatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengurus dan mengawal lalu lintas,” katanya.

ADUN Senadin itu berkata demikian selepas meninjau projek pelebaran jalan dan

Menteri Pengangkut­an Sarawak

baik pulih persimpang­an Taman Bumiko menuju Jalan Tanjung Miri pagi semalam.

“Pemasangan sistem lampu isyarat pintar ini akan mengurangk­an kesesakan trafik, contohnya apabila terdapat kesesakan lalu lintas, sistem berkenaan akan memberikan masa yang lebih lama kepada lalu lintas,” jelasnya.

Mengulas mengenai kerjakerja menaik taraf Jalan

Tanjung Taman Bumiko Lee berkata, projek yang menelan kos keseluruha­n RM890,000 itu telah siap pada 5 Januari lalu.

Pembinaan katanya, bermula pada 25 November dengan tempoh pelaksanaa­n projek selama 42 hari membabitka­n kerja-kerja melebar dan meratakan jalan, serta memasang lampu amaran, petak kuning dan tiga lampu jalan menggunaka­n tenaga solar.

“Kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan sering dilaporkan terutama di kawasan menuruni bukit disebabkan selekoh tajam.

“Oleh sebab itu, menjadi keutamaan bagi meningkatk­an keselamata­n di kawasan terbabit untuk memperlaha­nkan kelajuan kenderaan,” ujarnya.

Menurut Lee, kerja-kerja penambahba­ikan jalan merupakan sebahagian daripada keutamaan kementeria­nnya dalam usaha meningkatk­an keselamata­n jalan raya di bawah pengurusan lalu lintas bandar.

“Ini merupakan sebahagian daripada pengurusan lalu lintas untuk meningkatk­an keselamata­n jalan raya di kawasan bandar.

“Untuk Miri, beberapa kawasan kerap kemalangan telah dikenal pasti dan kita akan memberi keutamaan untuk memperting­katkan keselamata­n di kawasan terbabit.

“JKR juga akan melaksanak­an kerja-kerja penambaika­n di kawasan-kawasan di bawah bidang kuasa jabatan sementara Majlis Bandaraya Miri (MBM) perlu mengenal pasti kawasan di bawah bidang kuasa mereka,” tambahnya.

Hadir sama ialah Jurutera Bahagian JKR Miri Chong Chi Fam serta beberapa kaunselor MBM serta kontraktor.

Datuk Lee Kim Shin

 ??  ??
 ??  ?? SEMPURNA: Lee, Chong dan pihak kontraktor masing-masing memberi simbol bagus selepas projek pelebaran Jalan Tanjung Taman Bumiko siap mengikut jadual.
SEMPURNA: Lee, Chong dan pihak kontraktor masing-masing memberi simbol bagus selepas projek pelebaran Jalan Tanjung Taman Bumiko siap mengikut jadual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia