Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 168 KES BAHARU, 264 KES PULIH SEMALAM

-

KUCHING: Sebanyak 168 kes positif baharu COVID-19 dikesan di Sarawak menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 11,878 kes setakat ini.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, Sibu merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 49 kes.

Manakala, lain-lain kes dikesan di Bintulu (37), Miri (19), Betong (19), Kuching (12), Kapit (10), Meradong (10), Bau (4), Julau (4), Mukah (3) dan Limbang (1).

“Daripada 168 kes yang dikesan, 42 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala, 92 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan enam kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.

“Lagi 26 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan serta satu kes masing-masing kes import melibatkan individu balik dari Lubnan dan Selangor,” katanya.

Tambah JPBNS, daripada 168 kes baharu yang dikesan ini juga hanya seramai 13 orang menunjukka­n tandatanda jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Mengenai kes pulih, terdapat 264 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj semalam dari Hospital Sibu (141), Hospital Umum Sarawak (55), Hospital Bintulu (21), Hospital Sarikei (17), Hospital Miri (12), PKRC di bawah Hospital Betong (11), PKRC di bawah Hospital Kapit (6) dan PKRC di bawah Hospital Sri Aman (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif yang telah pulih dan dibenar discaj meningkat kepada 9,388 orang.

Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital adalah seramai 2,360 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia